Setiausaha Agung PBB Seru Dunia Bekerjasama Wujudkan Permulaan Baharu

(CRI)Selasa 31 Disember 2024

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dalam perutusan video sempena tahun baharu pada Isnin menggesa semua negara untuk bekerjasama bagi menjadikan 2025 sebagai permulaan yang baharu.

Mengimbas kembali tahun 2024, Guterres berkata peperangan telah mengakibatkan penderitaan, kesulitan dan pemindahan yang besar, ketidaksamaan dan perpecahan wujud di mana-mana yang memburukkan lagi situasi ketegangan dan ketidakpercayaan.

Beliau berkata walaupun pada hari-hari yang paling gelap, beliau masih menyaksikan harapan untuk mendorong perubahan.

"Saya melihat harapan yang ditampilkan oleh wira kemanusiaan yang berusaha mengatasi halangan besar untuk membantu mereka yang ditindas".

"Saya juga melihat harapan di negara membangun yang memperjuangkan keadilan dalam bidang kewangan dan iklim." kata beliau.

Guterres menegaskan bahawa harapan juga terserlah dalam Pakatan Masa Depan yang diluluskan oleh negara-negara anggota PBB pada September lalu yang mencadangkan untuk mewujudkan keamanan melalui pelucutan senjata, mengamalkan pembaharuan terhadap sistem kewangan global dan menyediakan lebih banyak peluang untuk golongan wanita dan belia, selain berpegang kepada nilai dan prinsip yang termaktub dalam hak asasi manusia, undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.

Video

Berita Berkaitan