- Lain-lain
China, Ecuador Komited Perkukuh Hubungan Bilateral
Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Ecuador, Daniel Noboa saling bertukar ucapan tahniah hari ini sempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Xi menyifatkan hubungan China dan Ecuador sebagai perkongsian strategik yang komprehensif dengan menyatakan hubungan kedua-dua negara mengekalkan trend pembangunan yang baik dalam tempoh 45 tahun yang lalu.
“Penandatanganan dan penguatkuasaan Perjanjian Perdagangan Bebas China-Ecuador telah menggalakkan penaiktarafan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang ekonomi dan perdagangan, sekali gus menyuntik momentum baharu ke dalam perkembangan hubungan bilateral.
“Saya sangat menghargai perkembangan hubungan China-Ecuador dan bersedia bekerjasama dengan Tuan Presiden untuk menjadikan ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik kedua-dua negara sebagai titik permulaan baharu, memperdalam pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang, sekali gus melonjakkan ikatan bilateral ke tahap lebih tinggi,” kata Xi.
Noboa pula berkata bahawa penglibatan Ecuador dalam Inisiatif Jalur dan Laluan dan perkuatkuasaan Perjanjian Perdagangan Bebas Ecuador-China bermanfaat untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
“Ecuador bersedia terus bekerjasama rapat dengan China untuk memperkukuh persahabatan serta menambah dialog dan kerjasama bagi mewujudkan kemakmuran bersama pada masa depan,” kata beliau.
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
Minggu Drama China-ASEAN (Nanning) Buka Tirai
- Perjanjian Perdagangan Bebas China-Ecuador Berkuatkuasa 1 Mei
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Ecuador yang Baru Terpilih
- Presiden Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Uruguay Orsi
- China dan Chile Kekal Sahabat yang Saling Mempercayai
- Mesin Pengorek XCMG Sahut Cabaran Tuang Wain di Depan Wartawan LAC
- Barista Costa Rica Bina Kerjaya di Jiangsu, China
- Wartawan LAC Jumpa Raja Monyet di Taman Tema
- Forum Kerjasama Media China-LAC Diadakan di Rio, Brazil
- China, Panama Ikrar Kukuh Hubungan, Perkasa Kolaborasi
- Utusan Khas Presiden Xi Bakal Hadiri Upacara Pelantikan Presiden Panama
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Panama