China Lancar Logo Pengerusi Bergilir SCO

(CRI)Jumaat 03 Januari 2025

China telah melancarkan logo pengerusi bergilir Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) bagi tahun 2024-2025 pada Khamis.

Logo tersebut adalah gabungan logo SCO dengan ciri-ciri khas China. Manakala slogan negara pengerusi iaitu "Semarakkan Semangat Shanghai: SCO Bertindak" mengelilingi logo dalam bentuk bulat dalam tiga bahasa iaitu bahasa Cina, Rusia dan Inggeris.

Logo ini juga dikelilingi corak gangsa dari zaman sebelum Dinasti Qin (Tahun 221-207 sebelum Masihi), yang melambangkan harapan dan kehidupan yang tiada penghujung.

Manakala warna emas dan tanah dipilih sebagai melambangkan SCO yang tumbuh dari tanah yang subur dan mempunyai masa depan yang cerah.

Video

Berita Berkaitan