Insiden di New Orleans dan Las Vegas, Tiada Kaitan Jelas - FBI

(CRI)Jumaat 03 Januari 2025

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat pada Khamis mendapati tiada "kaitan yang jelas" antara kedua-dua serangan kereta yang berlaku di New Orleans dan Las Vegas pada hari pertama tahun baharu.

Pegawai Bahagian Anti-Keganasan FBI, Christopher Raia dalam sidang media yang diadakan di New Orleans menyifatkan serangan rempuhan kereta yang menyasarkan orang awam di bandar itu sebagai "tindakan keganasan yang terancang dan jahat".

Dilaporkan 14 orang maut dalam rempuhan tersebut, dan dalang kejadian masih belum dikenalpasti. Manakala seorang maut dan tujuh lagi cedera dalam kejadian letupan kereta elektrik di hadapan Hotel Trump di Las Vegas, lapor CNN.

Dalam perkembangan berasingan, dilaporkan sekurang-kurangnya 10 orang cedera dalam kejadian tembakan rambang di luar sebuah kelab malam di Queens di bandar New York pada lewat malam Rabu.

Siri insiden ganas yang berlaku di bandar-bandar utama di AS pada awal tahun baharu sekaligus meningkatkan kebimbangan rakyat terhadap keselamatan domestik di AS.

Video

Berita Berkaitan