Xi Ucapkan Tahniah kepada Presiden Baharu Georgia

(CRI)Sabtu 04 Januari 2025

Presiden China, Xi Jinping mengutus ucapan tahniah kepada Mikheil Kavelashvili yang menyandang jawatan sebagai Presiden baharu Georgia baru-baru ini.

Xi menyatakan bahawa hubungan rakan strategik China-Georgia kekal baik dalam perkembangan yang memberangsangkan. Kedua-dua pihak konsisten dalam memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik dan melakukan kerjamasa yang produktif dalam pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) sehingga dapat mencapai hasil yang memuaskan ketika bertindak bersama di persada antarabangsa.

Xi berkata bahawa beliau amat mementingkan perkembangan hubungan dengan Georgia dan bersedia bersama-sama dengan Presiden Mikheil Kavelashvili mengekalkan persahabatan tradisional, meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan, mendorong kemajuan lebih besar dicapai dalam hubungan China-Georgia demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan