108 Pasukan Berentap Dalam Liga Super Kampung China 2025
 |
Foto sudut udara memaparkan penari sedang membuat persembahan semasa rehat separuh masa pada perlawanan pembukaan Liga Super Kampung 2025. |
Sesi ketiga Liga Super Kampung Guizhou membuka tirainya pada Sabtu, dengan perlawanan kelayakan dimulakan oleh kampung Xiaorui dan Panxue di kaunti Rongjiang, Provinsi Guizhou, lapor agensi berita China Daily.
Timbalan ketua pejabat Liga Super Kampung Guizhou, Yang Bo berkata lebih daripada 3,000 peminat sukan bola sepak dari 108 pasukan telah mendaftar untuk menyertai pertandingan pada tahun ini, sekali gus menyaksikan kenaikan mendadak berbanding dengan dua tahun terdahulu.
Pembantu jurulatih pasukan kampung Dali, iaitu kampung yang buat pertama kalinya menyertai liga itu berkata populariti sukan bola sepak turut sama meningkat sejak liga tersebut diperkenalkan.
Katanya, proses untuk membentuk pasukan juga telah membantu menyatupadukan penduduk tempatan, dan dia berharap agar aktiviti itu akan mendorong kampung itu dalam usaha mencari jalan baharu ke arah kemakmuran.
Penganjuran liga tersebut turut menarik perhatian warga asing. David Geary, 31, peminat bola sepak dari Britain dan pensyarah di Universiti Guizhou yang turut menyertai liga itu buat dua tahun berturut-turut berharap untuk melihat pemain muda yang dilahirkan dari liga tersebut untuk dapat bermain secara profesional.
Foto-foto dari agensi berita Xinhua ini memaparkan suasana sekitar Liga Super Kampung pada 4 Januari 2025 di kaunti Rongjiang, Provinsi Guizhou.
 |
Foto penari sedang membuat persembahan semasa rehat separuh masa pada perlawanan pembukaan Liga Super Kampung 2025. |
 |
Foto sudut udara memaparkan pemandangan perlawanan pembukaan Liga Super Kampung 2025. |
 |
Foto penari sedang membuat persembahan semasa rehat separuh masa pada perlawanan pembukaan Liga Super Kampung 2025. |
 |
Penonton bersorak untuk pasukan yang bertanding. |
 |
Foto sudut udara memaparkan pemandangan perlawanan pembukaan Liga Super Kampung 2025. |
 |
Pemain dari pasukan kampung Xiaorui dan Panxue sedang merebut bola semasa perlawanan. |
 |
Pemain dari pasukan kampung Xiaorui dan Panxue sedang merebut bola semasa perlawanan. |
 |
Penonton bersorak untuk pasukan yang bertanding. |
 |
Perbarisan skuad sorakan semasa upacara pembukaan Liga Super Kampung 2025. |
 |
Foto sudut udara memaparkan upacara pembukaan Liga Super Kampung 2025. |
 |
Foto sudut udara memaparkan upacara pembukaan Liga Super Kampung 2025. |