Utusan Khas Presiden Xi Hadiri Upacara Angkat Sumpah Presiden Baharu Ghana

(CRI)Khamis 09 Januari 2025

Utusan khas Presiden China Xi Jinping, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), Hao Mingjin menghadiri upacara angkat sumpah Presiden baharu Ghana John Dramani Mahama di Accra, ibu negara Ghana pada Selasa, atas undangan kerajaan Republik Ghana.

Selepas upacara tersebut, Presiden Mahama menerima kunjungan Hao di Pusat Persidangan Negara.

Hao menyampaikan ucapan tahniah dan mogaan baik dari Presiden Xi kepada presiden Mahama.

Beliau menyatakan bahawa China menghargai persahabatan tradisional kedua-dua negara, bersedia meningkat komunikasi dengan Ghana di bawah rangka Jalur & Laluan (BRI) dan Forum Kerjasama China-Afrika, selain memacu perkongsian strategik China-Ghana berkembang lebih baik dan mantap.

Video

Berita Berkaitan