AFF ke-18 Buka Tirai di Hong Kong Hari Ini

(CRI)Isnin 13 Januari 2025

Forum Kewangan Asia (AFF) edisi ke-18 membuka tirainya di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong pada Isnin.

Forum itu dianjurkan bersama oleh kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) dan Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC).

Bertemakan 'Powering the Next Growth Engine', AFF 2025 yang berlangsung selama dua hari menjemput lebih 100 tokoh dalam bidang politik dan perniagaan, pakar kewangan dan ahli ekonomi terkemuka dari seluruh dunia sebagai panel.

Mereka akan menganalisis perkembangan pasaran kewangan dan peluang pelaburan, serta berkongsi pendapat mengenai isu-isu tumpuan seperti ekonomi makro, situasi kewangan antarabangsa, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi kewangan.

Video

Berita Berkaitan