Xi Gesa Penyeliaan Berasaskan Audit Bermutu Tinggi bagi Promosi Pembangunan Sosioekonomi

(CRI)Sabtu 11 Januari 2025

Presiden China, Xi Jinping memberi arahan penting mengenai kerja audit negara, pada mutakhir ini.

Menurut beliau, kerja audit merupakan salah satu komponen penting dalam sistem penyeliaan Parti dan negara.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, jabatan audit telah memainkan peranan positif dalam menggalakkan pembangunan ekonomi yang sihat, menjamin keselamatan ekonomi negara, menghapuskan risiko, dan mempergiat usaha memerangi rasuah.

Xi menegaskan bahawa usaha harus ditumpukan kepada tanggungjawab kerja audit, memperkasakan pembaharuan dan inovasi, supaya memberi jaminan kepada pembangunan sosioekonomi yang bermutu tinggi melalui penyeliaan berasaskan audit yang bermutu tinggi.

Video

Berita Berkaitan