Import Eksport 2024 China Meningkat 5 Peratus Tahun Ke Tahun

(CRI)Isnin 13 Januari 2025

Jumlah import eksport perdagangan komoditi China menyaksikan peningkatan 5 peratus pada tahun 2024 berbanding dengan tempoh sama tahun 2023 dengan mencecah RMB43.85 trilion (RM26.98 trilion) yang merupakan satu rekod baharu dalam sejarah.

Data rasmi dari Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GAC) pada pagi tadi menunjukkan, antaranya eksport meningkat sebanyak 7.1 peratus tahun ke tahun dengan mencatat RMB 25.45 triliion (RM15.66 trilion), yang memaparkan daya saing kuat dengan mengekalkan pertumbuhan selama lapan tahun berturut-turut, manakala import pula berkembang 2.3 peratus dengan menokok RMB18.39 trilion (RM11.31 trilion).

Siri dasar rangsangan dan langkah-langkah insentif pusingan baharu untuk menggalakkan dan menstabilkan pertumbuhan perdagangan luar yang diperkenalkan tampuk kuasa China pada 26 September tahun 2024, memainkan peranan penting dalam mendorong perdagangan luar pada suku keempat 2024 meningkat sebanyak 0.4 mata peratusan berbanding suku ketiga, dengan menokok RMB11.51 trilion (RM7 trilion) yang merupakan rekod tertinggi bagi tempoh satu suku tahunan.

Terutama pada bulan Disember 2024, import dan eksport bulanan China melonjak ke paras RMB4 trilion (RM2.46) buat kali pertama dengan kadar pertumbuhan meningkat kepada 6.8 peratus.

Video

Berita Berkaitan