- Lain-lain
Pengeluaran, Jualan Kenderaan China Cecah 31 Juta Unit
China mencipta satu rekod baharu dalam sejarah dengan jumlah pengeluaran dan jualan kenderaan masing-masing melepasi 31 juta unit pada tahun 2024, menurut data terkini Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM) di Beijing pada Selasa.
Data itu menunjukkan, jumlah pengeluaran kenderaan melonjak kepada 31.28 juta unit, manakala jualan kenderaan direkod mencecah 31.44 juta unit pada 2024, yang masing-masing meningkat 3.7 peratus dan 4.5 peratus tahun ke tahun.
Antaranya kenderaan yang dieksport berjumlah 5.86 juta unit, menyaksikan peningkatan 19.3 peratus tahun ke tahun, sekali gus mengukuhkan status negara ini sebagai pengeksport automobil terbesar di dunia.
Timbalan Ketua Setiausaha CAAM, Chen Shihua berkata, pakej dasar yang diperkenalkan kerajaan pusat pada tahun 2024, terutamanya dasar tukar beli kereta dan pelbagai aktiviti promosi di peringkat daerah yang bertujuan untuk merangsang penggunaan dalam pasaran automotif, telah menunjukkan keberhasilan yang tinggi.
"Pada masa yang sama, pengantarabangsaan industri automotif negara ini terus mengekalkan perkembangan yang mantap, sehingga peningkatan eksport kenderaan mencapai tahap baharu, yang turut membolehkan kalangan pengguna di pelbagai negara mendapat pilihan yang semakin banyak," katanya.
Menurut jangkaan CAAM pula, pelaksanaan dasar pengemaskinian peralatan berskala besar dan tukar beli barangan penggunaan automotif akan diperhebatkan di China untuk meneroka potensi pasaran menyasarkan jualan kenderaan mencatat sekitar 32.9 juta unit bagi tahun 2025.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’