- Lain-lain
Volum Penghantaran Ekspres Berkembang Pesat Pada 2024
Kapal terbang kargo yang tiba di Lapangan Terbang Huahu Ezhou di Provinsi Hubei, tengah China. (Foto/Lu Ye)
Pada 8 Januari lalu, Biro Pos Negara memaklumkan bahawa sektor perkhidmatan kiriman cepat China telah mengendalikan lebih 170 bilion bungkusan pada 2024, sekali gus memaparkan daya tahan sektor tersebut, serta ekonomi China yang penuh bertenaga.
Teknologi pintar menyumbang kepada kecekapan penghantaran
Di Yiwu, bandar yang sinonim sebagai ‘pasar raya dunia’ di Provinsi Zhejiang, waktu puncak pengumpulan bungkusan pada setiap hari adalah selepas pukul 8 malam. Syarikat penghantaran ekspres China, ZTO Express secara puratanya mengutip sebanyak lebih 20,000 bungkusan setiap minit.
Memanfaatkan teknologi sebaik mungkin, lebih 14 juta bungkusan dihantar dari Yiwu menerusi jaringan ZTO Express yang mempunyai lebih daripada 100 laluan, dengan majoriti bungkusan dihantar sekitar kurang daripada 40 jam.
Dalam tempoh sedekad lalu, volum penghantaran ekspres tahunan Yiwu telah melonjak daripada 300 juta kepada lebih 10 bilion – mewakili hampir 9 peratus daripada jumlah keseluruhan negara, yang meletakkan Yiwu sebagai bandar dengan volum penghantaran ekspres kedua terbesar di China.
Hari ini, Yiwu mempunyai 16 pusat pengedaran – setiap satunya berkapasiti untuk mengendalikan 1 juta bungkusan – 77 set peralatan pengisihan automatik, dan lebih daripada 500 tapak perkhidmatan.
Pada 2024, penduduk di China secara puratanya menerima lebih daripada 100 bungkusan seorang – lebih daripada 5,400 bungkusan yang dikendalikan setiap saat, dan industri tersebut turut memperbaharui rekod bungkusan yang diproses dalam sehari sebanyak 729 juta unit.
Perkhidmatan penghantaran ekspres saksi perkembangan di luar negara
Bungkusan sedang diisih oleh mesin pengisih pintar di tapak penghantaran ZTO Express di pekan Suxi, bandar Yiwu, Provinsi Zhejiang, di timur China. (Foto/Li Jianfeng)
Menjelang penghujung 2024, Lapangan Terbang Huahu Ezhou, iaitu lapangan terbang kargo pertama di China telah mengoperasikan 30 laluan kargo domestik dan antarabangsa, serta mengendalikan 1.28 tan kargo
Ketika ini, China, telah mewujudkan sebanyak 297 pusat pengedaran di luar negara dan 333 gudang luar negara.
JD Logistic milik gergasi e-dagang JD.com kini telah berkhidmat di hampir 80 negara dan wilayah, manakala Cainio Network milik logistik Alibaba pula telah memperluaskan perkhidmatan ‘Penghantaran 5 Hari Global’ ke 14 negara.
Jaringan penghantaran ekspres kini meliputi kampung terpencil
Seorang penduduk kampung di kaunti Sache di Kashgar, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Guliqiman Shayimu berkongsikan pengalamannya menerima bungkusan yang dikirim dari Zhejiang dengan tiada sebarang bayaran penghantaran dikenakan.
“Ia hanya mengambil empat hari sejak dari barang mula dipesan sehingga bungkusan tiba,” ujar wanita itu ketika menerima bungkusan yang ke-300 juta di Xinjiang kendalian J&T Express pada 2 Disember 2024.
Sebuah kenderaan syarikat penghantaran ekspres China, J&T Express di sebatang jalan di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China. (Foto/Liu Qing)
Untuk rekod, Xinjiang dan Zhejiang berjarak sekitar 4,000 kilometer. Apabila bungkusan tiba di Urumqi – ibu kota wilayah autonomi itu, ia perlu menempuhi sehingga ratusan atau ribuan kilometer sebelum tiba di destinasi terakhir.
Bagi menambah baik kecekapan, syarikat penghantaran ekspres telah bekerjasama dengan platform e-dagang bagi melaksanakan beberapa langkah dengan objektif untuk mengurangkan kos penghantaran.
Ketika ni, jaringan penghantaran J&T Express meliputi 9,750 kampung pentadbiran di Xinjiang. China Post – penyedia perkhidmatan penghantaran milik negara telah mengendalikan lebih daripada 59 juta bungkusan yang mengandungi produk istimewa Xinjiang.
Pertumbuhan pesat dalam industri penghantaran ekspres secara tidak langsung memberikan dua indikator iaitu momentum kukuh di wilayah tengah dan barat, serta peranan industri yang semakin bertambah dalam usaha memupuk pembangunan serantau yang terancang.
Difahamkan, volum penghantaran ekspres pada 2024 di kedua-dua wilayah tersebut masing-masing bertambah sebanyak 30 peratus dan 35 peratus.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- China Railway Pecah Rekod Hantaran Penumpang
- Penghantaran Bungkusan China Lepasi Angka 120 Bilion
- Jumlah Hantaran Perkhidmatan Kurier China Cecah 120 Bilion
- Hantaran Ekspres Sempena Pesta "11.11" Cecah 639 Juta
- Volum Kiriman Ekspres China 2023 Lepasi Angka 100 bilion
- Cuti Pesta Kuih Bulan: 1.7 Bilion Bungkusan Ekspres Dikendalikan