- Lain-lain
"Dialog Datuk Bandar Dunia - Nanning" Tertumpu kepada Keterbukaan dan Kolaborasi
Aktiviti "Dialog Datuk Bandar Dunia - Nanning" yang bertemakan "Bersama Membina Rumah Persahabatan China-ASEAN: Keterbukaan dan Kolaborasi Perbandaran" telah dirasmikan di sini pada Khamis.
Pada sesi dialog, para datuk bandar atau perwakilan mereka dari bandar Nanning China, Negeri Kedah Malaysia, Mataram Indonesia, Vientiane Laos, Yangon Myanmar, Changwat Suratthani Thailand, Mong Cai Vietnam dan Siem Reap Kemboja telah melakukan perbincangan tentang isu keterbukaan dan kolaborasi ekonomi perbandaran, pertukaran sosiobudaya dan pengalaman tadbir urus perbandaran.
"Kesalinghubungan dan pertukaran antara Laos dengan negara-negara jiran terutama China menjadi semakin berkualiti berkat kelangsungan dan kejayaan dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)," kata Datuk Bandar Vientiane, Atsaphangthong Siphandone ketika menyampaikan ucapan.
Beliau menambah, China sebagai peneraju integrasi ekonomi serantau yang bersikap terbuka, telah menyumbang kepada pembangunan bersama antara bandar serantau dan antarabangsa melalui rundingan dan penyelarasan berdasarkan kesamarataan yang menyeluruh.
Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Vietnam di Tinh Lang Son menunjukkan imaginasi yang besar terhadap kolaborasi perbandaran antara negaranya dengan China, dan menegaskan pihaknya akan menumpukan kepada peningkatan kesalinghubungan dengan China melalui pintu sempadan, pembangunan zon kerjasama ekonomi rentas sempadan, penawaran pakej pelancongan rentas sempadan, penganjuran aktiviti pertukaran kebudayaan dan pembinaan plaza pintu sempadan pintar, manakala mengoptimumkan prosedur masuk dan keluar sempadan serta membina wahana perdagangan rentas sempadan.
Sementara itu, Inisiatif Nanning juga diwartakan pada hari yang sama, dengan tujuan untuk mendorong pelbagai pihak bertindak pantas melakukan kerjasama yang substantif, mempercepat langkah dalam membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih padu, sekaligus menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan dunia.
Dimaklumkan lagi, sebanyak 14 item yang termeterai dalam aktiviti tersebut melibatkan pelaburan bernilai RMB3.3 bilion (RM2 bilion) dalam bidang penjalinan ikatan bandar kembar, perdagangan, logistik dan pengangkutan, pendidikan dan pelancongan.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Guangxi Anjur Acara Renang Musim Sejuk, Pemula Aktviti Kesihatan 2025
- Tales of Cities – Satu Episod Baharu “Friends” di Nanning
- Terusan Purba China Pacu Ledakan Ekonomi di Guangxi
- Aktiviti Kebudayaan Tingkatkan Perpaduan, Pembangunan Bersama Semua Etnik di Guangxi
- Tempat Pelancongan Kendalian Bersama China, Vietnam Mula Operasi
- Landskap Ladang di Pekan Sicun, Guangxi
- Taman di Tengah Bandar Tempat Singgah Bangau
- Zon Perdagangan Bebas Guangxi Galakkan Usaha Pembukaan China
- Kampung Kecil di Guangxi Dilimpahi Tuaian Anggur
- Jamuan Ikan Dihidang Sempena Meraikan Musim Menuai di Rongshui