China, Filipina Teruskan Rundingan mengenai Isu LCS

(CRI)Jumaat 17 Januari 2025

China membidas tindakan Filipina di perairan Laut China Selatan (LCS) baru-baru ini yang disifatkan sebagai pencabulan kedaulatan dan provokasi dan publisiti murahannya tentang perselisihan maritim antara kedua-dua negara, di samping menggesa Filipina mematuhi Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di LCS (DoC), mengekalkan dialog dan rundingan dengan China untuk menangani perselisihan dengan berhemah, bersama-sama mengawal situasi maritim untuk mendorong hubungan dua hala kembali ke landasan tepat dengan seawal mungkin.

Demikian dinyatakan wakil China dalam mesyuarat kesepuluh di bawah mekanisme perundingan bilateral (BCM) berhubung isu LCS di Xiamen pada Khamis.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Naib Menteri Luar China, Chen Xiaodong dan rakan sejawatnya dari Filipina, Theresa Lazaro.

Setelah menekankan peri pentingnya memelihara kedamaian dan kestabilan di LCS, yang dianggap bersesuaian kepentingan milik bersama negara-negara serantau termasuk Filipina, kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat dengan sikap yang ikhlas dan konstruktif.

Kedua-dua pihak juga bersetuju memperbanyak dialog dan komunikasi mengenai isu maritim, menangani pertengkaran dan perselisihan dengan berhemah, dan terus mendorong kerjasama yang melibatkan pasukan pengawal pantai, sains teknologi dan perlindungan alam sekitar di laut.

Video

Berita Berkaitan