Kawasan Teluk Besar Rekod Lebih 4,000 Tren China-Eropah

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 20 Januari 2025
Kawasan Teluk Besar Rekod Lebih 4,000 Tren China-Eropah

Pada 18 Januari, dengan bunyi tiupan wisel, tren X8120 meluncur perlahan meninggalkan Stesen Pelabuhan Antarabangsa Guangzhou kendalian Guangdong Railway Group.

Kereta api tersebut mengangkut perkakas rumah, lampu LED, pakaian dan kasut, perabot, barangan keperluan harian serta produk-produk lain keluaran Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau, dan dijangka tiba di Eropah dalam masa 15 hari.

Setakat ini, jumlah kereta api China-Eropah yang keluar masuk Kawasan Teluk Besar telah melebihi 4,000. Angka ini memperlihatkan momentum kuat pembangunan ekonomi kawasan tersebut dari segi perdagangan luarnya.

Video

Berita Berkaitan