Prestasi Pembangunan Xinjiang Cemerlang

(CRI)Isnin 20 Januari 2025

Xinjiang merekodkan prestasi cemerlang dalam pembangunan sepanjang tahun lepas.

Menurut laporan kerja dikeluarkan kerajaan tempatan, pengeluaran bijirin Xinjiang mencatat 525 kilogram per mu (0.067 hektar) pada 2024 sekaligus menduduki tangga pertama di China.

Bukan itu sahaja, jumlah pengeluaran kapas mencecah 5.69 juta tan, menyumbang 92.2 peratus kepada keseluruhan negara.

Xinjiang berjaya membangunkan zon demonstrasi minyak syal peringkat negara yang pertama dengan output tahunan sehingga satu juta tan, selain mengendalikan tiga kemudahan penyimpanan gas asli bawah tanah dengan kapasiti tertinggi di dalam negeri.

Wilayah itu juga berada di tempat pertama dari segi pertumbuhan hantaran kargo melalui perkhidmatan kereta api apabila jumlahnya mencatat 237 juta tan atau peningkatan 10.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Video

Berita Berkaitan