- Lain-lain
Perkembangan Pesat Industri Ais dan Salji Cipta Peluang Pekerjaan Baharu di China
Seiring dengan pelancongan ais dan salji yang semakin popular, ia secara tidak langsung menyaksikan ekonomi ais dan salji turut sama mengembang, sekali gus mencipta banyak peluang pekerjaan yang baharu.
Pada 2024, Kementerian Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial China (MOHRSS) telah mengumumkan 19 profesion baharu dan 28 kerja khusus baharu, dengan lebih 20 peratus daripadanya berkaitan dengan industri ais dan salji.
Di Tempat Peranginan Ski Beidahu yang terletak di Provinsi Jilin, penyelamat peronda ski telah mula sibuk membuat pemeriksaan ke atas trek ski seawal pukul 7 pagi sebelum ia dibuka, dengan suhu sekitar waktu tersebut boleh mencecah hampir negatif 17 darjah Celsius.
Pemain ski menikmati sukan tersebut di Tempat Peranginan Ski Beidahu di Provinsi Jilin pada 23 November 2024. (Xinhua/Yan Linyun)
Seorang pegawai di tempat peranginan tersebut, Jin Xin berkata bahawa antara tanggungjawab bagi penyelamat peronda ski adalah termasuk memeriksa kelancaran trek ski, memantau langkah-langkah keselamatan di sepanjang trek, dan memastikan setiap tanda dipasang dengan sempurna.
Tepat pukul 8.45 pagi, ketibaan peminat ski kumpulan pertama disusuli dengan pemeriksaan oleh penyelamat peronda ski terhadap jaring keselamatan dan memerhatikan keadaan salji. Bagi para penyelamat peronda ski, tugas mereka bukan sekadar meronda sahaja, tetapi juga perlu mahir dalam melakukan tugas menyelamat.
Zhou Yang, yang telah berkhidmat di tempat peranginan itu selama lapan tahun, telah melalukan perubahan profesion; iaitu daripada seorang jurutera kimia kepada perancang trek ski.
Menurut beliau, perkara yang paling jelas berubah adalah ledakan jumlah pelawat, khususnya dalam kalangan golongan muda, yang secara tidak langsung meningkatkan permintaan terhadap pembangunan trek ski dan lif ski yang baharu.
Jelas Zhou, pada musim ini, pusat peranginan tersebut telah berkembang kepada 74 trek ski berbanding 64 pada musim yang terdahulu, manakala kereta kabel pula meningkat daripada 11 kepada 13.
Merujuk kepada senarai profesion baharu pada 2024 oleh MOHRSS, antara jenis kerja khusus baharu adalah termasuk juruteknik selenggara papan luncur salji, juruteknik selenggara but ski, perancang trek ski, juruteknik selenggara luncur ais, dan pembuat salji.
Difahamkan, sejumlah 313 juta rakyat China kini terlibat dalam sukan ais dan salji. Semasa musim sejuk 2024-2025, aliran perjalanan rakyat China untuk aktiviti berkaitan pelancongan ais dan salji di China diunjur mencecah sehingga 520 juta.
Wakil MOHRSS, Li Zhimin berpendapat bahawa profesion baharu serta jenis kerja khusus baharu dalam ekonomi ais dan salji China telah mempunyai tenaga kerja yang cukup besar. Justeru, beliau berkata bahawa usaha akan diambil untuk menyelaras amalan, memperbaiki pengiktirafan sosial dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Dunia Ais dan Salji Harbin ke-26 Dirasmikan
- Ekonomi Ais dan Salji China Tumbuh Pesat
- Beijing Bersedia untuk Keseronokan Musim Sejuk
- Ekonomi Ais, Salji China Pamer Momentum Cemerlang
- Obor, Pingat, Lagu Sukan Musim Sejuk Asia Diumumkan
- Taman Tema Ais dan Salji Tertutup Terbesar di Dunia Dibuka di Harbin
- Anjak Sukan Kegemaran Jadi Kerjaya
- Sukan Musim Sejuk Kebangsaan ke-14 Dirasmikan
- "Dunia Ais dan Salji Harbin" China Dapat Gelaran "Taman Bertemakan Ais dan Salji Terbesar di Dunia"
- Demam Sukan Ketara di Seluruh China