- Lain-lain
Skala Industri Pembuatan China Kekal Tangga Teratas di Dunia Selama 15 Tahun
Skala industri pembuatan China kekal menduduki tangga teratas di dunia selama 15 tahun berturut-turut, menyaksikan nilai tambah industri berskala besar bagi 2024 menokok 5.8 peratus tahun ke tahun, iaitu 1.2 mata peratusan lebih tinggi berbanding 2023.
Angka tersebut disiarkan menerusi sidang media mengenai "prestasi pertumbuhan ekonomi berkualiti tinggi di China" anjuran Pejabat Penerangan Dewan Negara di Beijing, pada Selasa.
Menurut data statistik, sektor industri dan teknologi maklumat berperanan sebagai pemantap dengan kadar sumbangannya terhadap pertumbuhan ekonomi mencecah 40 peratus.
Pada 2024, terdapat 39 daripada 41 kategori utama dalam sektor perindustrian mengekalkan momentum peningkatannya, antaranya termasuk industri elektronik, logam bukan ferus, industri kimia dan automobil menyumbang 40 peratus kepada pertumbuhan pengeluaran industri.
Bagi tempoh sama, nilai tambah industri pembuatan peralatan berskala besar meningkat 7.7 peratus, dengan kadar sumbangan sebanyak 46.2 peratus kepada pertumbuhan semua industri berskala besar.
Pada masa sama, keupayaan inovasi dalam pembuatan peralatan canggih dan kecerdasan buatan (AI) terus ditingkatkan, manakala sektor baru muncul seperti bahan baharu, biopembuatan dan robotik pula menyaksikan lonjakan yang pesat.
Disokong oleh pelaksanaan dasar untuk mempromosikan pembaharuan peralatan dan penggantian barang pengguna lama dengan yang baharu dalam skala yang besar, pelaburan dalam pembelian kelengkapan dan peralatan turut menokok 15.7 peratus tahun ke tahun, sekali gus menjana pertumbuhan keseluruhan pelaburan sebanyak 2.2 mata peratusan.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Pengeluaran Telefon Pintar China Meningkat 9.3% Pada 2024
- Industri Pembuatan Berteknologi Tinggi China Berkembang Pesat
- Perkasa Agenda Penaiktarafan Industri Automobil - PM Li Qiang
- "Kesibukan" Perkilangan Pasca Cuti TBC 2024
- Martabatkan Kemandirian Pupuk Barisan Jurutera yang Berkaliber -- Xi
- Sektor Perkilangan China Ungguli Carta Dunia 14 Tahun
- Keuntungan Perusahaan Besar Sektor Industri China Terus Meningkat
- PMI Pembuatan China Naik Untuk Tiga Bulan Berturut-turut
- Guangdong Percepat Transformasi Pintar, Digital Industri Pembuatan
- PMI Pembuatan China 52.6% Februari