- Lain-lain
Persiapan Sukan Asia Musim Sejuk Harbin Selesai
Sukan Asia Musim Sejuk (AWG) edisi ke-9 bakal berlangsung di Harbin, provinsi Heilongjiang, timur laut China bermula 7 Februari.
Jurucakap AWG Harbin, Zhang Haihua pada Rabu mengumumkan kerja-kerja persiapan untuk temasya sukan itu telah selesai.
Menurut beliau, kerja mengubah suai gelanggang sedia ada sudah siap dan semuanya lulus ujian keselamatan serta memenuhi piawaian mesra alam.
Pihak penganjur merancang mengadakan 17 pertandingan ujian untuk memastikan kelancaran operasi semua venue dan gelanggang semasa sukan berprestij itu.
Api Sukan Asia Musim Sejuk berjaya dinyalakan pada Isnin dan larian obor dijadual bermula pada 3 Februari.
Setakat ini, lebih 1,270 atlet dari 34 negara dan wilayah di Asia mendaftar untuk bertanding sekali gus menyaksikan penyertaan paling banyak dari segi delegasi dan atlet dalam sejarah sukan berkenaan.
Di Manakah Suasana TBC Paling Kuat Terasa Di China, Korea Selatan Dan Malaysia?
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik