Industri Uji Kereta Pacu Ekonomi Bandar Heihe

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 23 Januari 2025

Terletak di Provinsi Heilongjiang, bandar Heihe yang mempunyai 1.2 juta penduduk mempunyai 12 syarikat uji kereta dan 24 tapak ujian, serta telah menjalin perkongsian dengan lebih daripada 230 pembuat kereta dan institut penyelidikan.

Wang Zhenlong, presiden eksekutif Persatuan Pengilang Automobil China berkata bahawa setiap model kenderaan akan melalui beberapa siri ujian sebelum ia memasuki pasaran.

Sebuah kereta menjalani ujian di kawasan sejuk di tapak uji kereta Xiaowusili di Heihe, Provinsi Heilongjiang, timur laut China pada 31 Januari 2024. (Xinhua/Xie Jianfei)

Sebuah kereta menjalani ujian di kawasan sejuk di tapak uji kereta Xiaowusili di Heihe, Provinsi Heilongjiang, timur laut China pada 31 Januari 2024. (Xinhua/Xie Jianfei)

Di Heihi, tasik dan sungai akan membeku sekitar 200 hari setahun, sekali gus menjadikan ia kawasan yang sesuai untuk pengujian kereta.

Difahamkan, kenderaan akan diuji untuk menghidupkan enjin dalam keadaan sejuk, keupayaan anti-tergelincir, sistem nyahbeku dan nyahkabut, serta prestasi bateri kenderaan.

Li Jinquan, pengurus projek di jabatan ujian pusat teknologi Great Wall Motor telah memberi penekanan terhadap kepentingan talaan halus kenderaan bagi pemanduan di atas jalan yang beku dan diliputi salji, dengan menjelaskan bahawa pekali geseran jauh lebih rendah berbanding di atas permukaan konkrit atau asfalt.

“Untuk mencapai kendalian yang lebih baik pada permukaan berais dan salji adalah penting dalam memastikan keselamatan dan kestabilan kenderaan,” ujarnya lagi, sambil menambah bahawa kawasan itu hanya mempunyai beberapa jalan ujian berbanding kini yang telah mencecah lebih 120 batang jalan.

Kata Li, pilihan untuk penginapan juga telah bertambah, dengan jumlah hotel kini telah meningkat kepad lebih 400 buah.

Pengarah biro teknologi maklumat dan industri perbandaran Heihe, Wang Yulong berkata bahawa industri uji kereta di situ telah menjana pulangan hasil terus sebanyak RMB170 juta setahun, yang membolehkan industri berkaitan seperti pelancongan, katering dan penginapan, kebudayan dan hiburan mendapat hasil sebanyak RMB430 juta.

Selaku syarikat uji kereta di kawasan sejuk paling komprehensif dan terbesar di dunia, Heilongjiang Red Valley Automative Test telah dihubungi oleh jenama utama dengan pelbagai permintaan perniagaan pada setiap musim panas.

Pengurus besarnya, Zhao Xinhong berkata bahawa pada dahulunya pihaknya hanya menyediakan perkhidmatan venue, namun kini telah ditambah dengan perkhidmatan standard dan teknikal.

Syarikat uji kenderaan di Heihe telah memainkan peranan penting dalam membangunkan lebih daripada 40 standard kumpulan, industri, kebangsaan dan antarabangsa untuk ujin di kawasan sejuk. Dengan pelaburan sebanyak RMB238 juta, Heihe telah membangunkan tapak uji kenderaan kawasan sejuk bertaraf kebangsaan.

Menjelang Mei nanti, empat tapak ujian bersuhu rendah bagi negara empat musim pertama di Asia akan siap dibina di Heihe, secara tidak langsung membolehkan pengilang melakukan uji kenderaan pada sepanjang tahun.

Pada masa sama, penghijrahan pembuat kereta dari negara seperti Jerman dan Korea Selatan dari Eropah ke Heihe turut mencerminkan pengaruh dan tarikan Heihe di dalam industri tersebut.

Video

Berita Berkaitan