Larian Obor AWG Ke-9 Diadakan di Harbin

(CRI)Isnin 03 Februari 2025

Larian obor Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 dilancarkan di Harbin pada Isnin.

Bertemakan "Shared Dreams on Ice and Snow, United Hearts Across Asia," larian obor itu diikuti 120 individu.

Laluan larian obor sepanjang 11 kilometer itu bermula dari Blok Baroque Zhonghua di Daerah Daowai, tempat Harbin dibuka kepada dunia luar, dan berakhir di Dataran Snowman di tepi Sungai Songhua, iaitu tempat pelancongan yang popular di bandar itu.

Dengan diadakan larian obor, pertandingan AWG kali ini turut dilancarkan, dengan perlawanan hoki ais diadakan pada pukul 9 pagi ini.

AWG K-9 akan dibuka secara rasmi pada 7 Februari dan ditutup pada 14 Februari.

Menara obor utama akan dinyalakan pada upacara pembukaan pada petang 7 Februari.

Video

Berita Berkaitan