- Lain-lain
Fasa Kedua Projek HSR China-Thailand Dijangka Siap 2030
Kabinet Thailand pada Selasa meluluskan pembinaan fasa kedua projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) China-Thailand iaitu laluan antara Nakhon Ratchasima dan Nong Khai, yang dijangka siap menjelang 2030.
Selaku projek usaha sama dua negara berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), HSR berkenaan merupakan rel seumpama yang pertama di Thailand.
Projek HSR China-Thailand terbahagi kepada dua fasa. Pembinaan fasa pertama membabitkan laluan antara Bangkok dengan Nakhon Ratchasima di timur laut Thailand.
Fasa kedua dipanjangkan ke wilayah Nong Khai untuk disambung dengan landasan kereta api China-Laos dan akhirnya akan terus ke Kunming, provinsi Yunnan di barat daya China.
Jurucakap Pejabat Perdana Menteri Jirayu Huangsub berkata fasa kedua projek HSR yang dicadangkan oleh Kementerian Pengangkutan Thailand itu merangkumi dua bahagian dengan panjang keseluruhannya kira-kira 357 kilometer.
Bahagian pertama adalah membina rel yang menghubungkan seksyen Bangkok-Nakhon Ratchasima dengan menyediakan lima hentian sepanjang perjalanan.
Bahagian kedua pula membabitkan pembinaan sebuah pusat transit kargo di wilayah Nong Khai bagi menawarkan perkhidmatan sehenti kepada pengangkutan kereta api rentas sempadan.
Menurut Jirayu, pembinaan fasa pertama dari Bangkok ke Nakhon Ratchasima yang panjangnya kira-kira 253 kilometer sudah siap 35.74 peratus dan dijangka mula beroperasi pada 2028.
Selepas projek berkenaan siap sepenuhnya, ia akan menjadi penggerak baharu bagi memacu pembangunan sosioekonomi Thailand serta kesalinghubungan serantau.
- TBC Simbol Ikatan Budaya China dan Thailand: PM Paetongtarn
- Polis Thailand Komited Jaga Keselamatan Rakyat China
- Bekas Duta Besar Thai ke China Beri Bayangan Hubungan Lebih Erat Menjelang Ulang Tahun ke-50
- Xi Bertemu PM Thailand
- Tentera China, Thailand Bakal Adakan Latihan Bersama
- PM Baharu Thailand Komited Rapatkan Hubungan dengan China
- PM Baharu Thainland Jangkakan Kerjasama Lebih Banyak dengan China
- Tambah Elemen Baharu dalam Konsep "Keluarga China-Thailand Sehati Sejiwa"
- Wang Yi Bertemu Puteri Sirindhorn
- Ahli Dewan Negara China Bertemu Puteri Sirindhorn