TBC 2025: Industri Penerbangan Awam China Rekod 18.24 Juta Penumpang

(CRI)Khamis 06 Februari 2025

Agensi berita Xinhua pada Rabu melaporkan bahawa industri penerbangan awam China telah membawa 18.24 juta penumpang semasa cuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina (TBC) yang melabuhkan tirainya pada Selasa.

Menurut laporan Pentadbiran Penerbangan Awam China, angka tersebut sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh sama tahun terdahulu.

Mengikut laporan itu lagi, sekitar 145,000 penerbangan telah dioperasikan semasa tempoh cuti lapan hari tersebut, dengan kadar ketepatan masa penerbangan sebanyak 96 peratus, iaitu meningkat 3.4 mata peratusan berbanding kadar yang dicapai pada tahun 2024.

Semasa tempoh cuti tersebut, purata bilangan penerbangan penumpang antarabangsa sehari direkodkan mencecah 1,888, iaitu peningkatan 24.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2024. Angka ini ialah 86.6 peratus daripada paras purata harian yang dicatatkan pada 2019.

Laluan antarabangsa yang paling popular semasa cuti TBC 2025 ialah laluan yang menghubungkan China dengan Jepun, Thailand, Korea Selatan, Malaysia, Singapura dan Vietnam.

Video

Berita Berkaitan