- Lain-lain
Langit Biru, Air Bersih: Komitmen China Terhadap Pembangunan Hijau
“Tahun demi tahun, ‘ia’ menjadi semakin baik dan lebih baik,” ujar Song, seorang pemandu teksi di Beijing.
Apa yang dimaksudkan oleh Song tentang ‘ia’ adalah bukan sahaja tentang pengamalan yang dibawa oleh pengalaman memandu kenderaan elektrik berbanding petrol dalam industri teksi, tetapi juga kualiti udara yang semakin bertambah baik di ibu kota China itu.
24 buah bas tenaga baharu yang baru dibeli tersusun rapi di parkir sebuah stesen bas di Ji’an, Provinsi Jiangxi, timur China pada 6 Januari 2025. (People’s Daily Online/Li Fusun)
Song merupakan antara pemandu teksi pertama di Beijing yang menukar teksinya kepada tenaga elektrik. Dalam tempoh 100 saat sahaja, dia boleh mengecas semula kenderaannya tanpa perlu keluar daripada kereta.
“Dengan lebih banyak kereta elektrik di atas jalan raya, pelepasan ekzos turut menurun secara mendadak. Saya sering menurunkan tingkap untuk menghirup udara segar,” kata dia.
Di sebalik perubahan yang jelas terpapar tersebut adalah usaha secara kolektif oleh penduduk di seluruh bandar itu. Kini, lebih banyak teksi dan bas dikuasakan oleh tenaga boleh baharu. Pada musim sejuk, gas asli telah menjadi sumber tenaga utama untuk penggunaan pemanas.
Menurut statistik yang dikeluarkan pada 2024, Beijing telah mencatatkan dua rekod baharu dalam kualiti udara iaitu hari paling banyak dengan kualiti udara yang baik dan angka paling sedikit dalam pencemaran berat.
Di Provinsi Jiangsu, timur China, Tasik Taihu akhirnya menyambung semula operasi pelancongan air rentas kawasan selepas 20 tahun. Difahamkan, permulaan kembali pelancongan air itu adalah berikutan kualiti air yang bertambah baik secara signifikan.
Pada 2024, buat pertama kalinya dalam tempoh tiga dekad, kualiti air purata di tasik itu mencecah Gred III dalam sistem kualiti air lima peringkat China, yang membawa maksud “hampir baik”.
Foto menunjukkan Taman Tanah Lembap Taihu di Suzhou, Provinsi Jiangsu, di timur China. (People’s Daily Online/Leng Wen)
Dari utara ke selatan, usaha gigih China dalam pemulihan ekologi telah menyaksikan langit yang lebih biru, hidupan yang lebih hijau, air yang lebih bersih, dan landskap yang lebih warna-warni, sekali gus memaparkan daya hidup dalam pemodenan China.
Mantan Duta Besar Belgium ke China, Patrick Nijs yang kerap menyebut China sebagai “petani asing”, telah membuat keputusan untuk bersara awal dan menetap di China bersama-sama dengan isterinya selepas menyelesaikan tugasnya pada 2013. Kini, beliau mengoperasikan ladang organik di Provinsi Yunnan.
Bagi Nijs, faktor di sebalik pilihannya untuk meneruskan impian ekologinya di China adalah kerana persamaan aspirasinya dan China, serta pengalamannya menyaksikan kemajuan berkualiti tinggi China dalam pembangunan ekologi.
Hari ini, China menyediakan asas kukuh kepada pembangunan berkualiti tinggi, dengan lebih ramai individu menzahirkan tanda penghargaan mereka melalui tindakan.
Foto mempamerkan ladang solar berpusat di Fengcheng, Provinsi Jiangxi, timur China. (People’s Daily Online/Zhu Haipeng)
Mengambil kenderaan tenaga baharu (NEV) sebagai contoh, penghasilan dan pengeluaran yang dibuat oleh China pada 2024 telah melangkaui lebih 12 juta unit, sekali gus mengungguli carta global buat sepuluh tahun berturut-turut.
Pada masa sama, eksport NEV China juga mengembang sebanyak 6.7 peratus kepada 1.284 juta unit, secara tidak langsung mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju global.
Pencapaian demi pencapaian tersebut bukan sahaja kejayaan buat sektor automotif di China, bahkan turut memberi impak secara signifikan dalam usaha pengurangan pelepasan karbon di peringkat global.
Tindakan konkrit China dalam usaha pembangunan rendah karbon dan hijau adalah teras kepada penyelesaian dalam isu ekologi dan alam sekitar. Tatkala China cuba mempercepat pelaksanaan mod penghasilan dan gaya hidup hijau, serta menyokong pembangunan berkualiti tinggi, ia bukan sahaja memberikan kelebihan kompetitif, bahkan turut menyediakan jalan ke arah masa depan yang lebih cerah.
Kalender 24 Jieqi: Hari Lichun, Permulaan Musim Bunga
Tahun Baru Cina di Beijing: Warga Asing Nimakti Salji, Hotpot & Kemeriahan Qianmen
Tiga “Mama” Zhejiang, Seorang Anak Uygur
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
- Pelaksanaan Program Mitigasi Hakisan Tanah di China Holistik
- China Pendahulu Kapasiti Kawasan Tadahan Karbon untuk Hutan dan Padang Rumput
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Penanaman Hutan China Tambah Baik Ekologi, Tingkatkan Pendapatan Penduduk
- Paus yang Diselamatkan di Selatan China Pulang ke Habitat
- Tapak Warisan Dunia UNESCO Jiuzhaigou Pulih Selepas Gempa Bumi
- Berjuang Lawan Penggurunan di Ningxia
- Rumah Burung di Menara Elektrik Chongqing
- Jurugambar Seru Perlindungan Alam melalui Foto
- Cara Kreatif China Lawan Pencemaran Plastik Laut Dapat Anugerah PBB