- Lain-lain
China, Brunei Zahir Komitmen Perkukuh Kerjasama dan Koordinasi
![]() |
China dan Brunei perlu terus memperdalam kerjasama yang saling menguntungkan dan memperkukuh koordinasi yang strategik.
Demikian ujar Presiden China Xi Jinping semasa mengadakan perbincangan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Khamis.
Xi berkata kedua-dua negara harus meningkatkan penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan Wawasan 2035 Brunei, serta memajukan dua projek utama iaitu Koridor Ekonomi Guangxi-Brunei dan projek Petrokimia Hengyi.
Selain menggalakkan lebih banyak syarikat domestik melabur di Brunei, China akan menyokong usaha Brunei dalam pembangunan ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI) dan industri tenaga baharu serta membantu negara itu mencapai kepelbagaian ekonomi.
Xi menyatakan China menyokong usaha sama kedua-dua pihak dalam melaksanakan penyelidikan padi hibrid, dan berharap Brunei mengoptimumkan platform seperti Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) dan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) untuk memperluas eksport hasil pertanian dan perikanan berkualiti ke China.
Antara aspek lain yang turut diberikan penekanan adalah merapatkan lagi pertukaran sosiobudaya, memperkasa kerjasama membabitkan pendidikan, budaya, pelancongan dan sukan.
Sementara itu, Sultan Hassanal Bolkiah menzahirkan komitmen Brunei untuk mengukuhkan perkongsian kerjasama strategik dengan China sehingga membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Sultan Hassanal juga menyatakan pihaknya akan mempertingkat kerjasama dengan China dalam bidang perdagangan, pertanian, perikanan dan tenaga serta merancakkan lagi pertukaran rakyat-ke-rakyat, selain bersama China memelihara kepentingan negara-negara membangun.
![]() |
Kalender 24 Jieqi: Hari Lichun, Permulaan Musim Bunga
Tahun Baru Cina di Beijing: Warga Asing Nimakti Salji, Hotpot & Kemeriahan Qianmen
Tiga “Mama” Zhejiang, Seorang Anak Uygur
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
- Presiden Xi Bertemu dengan Sultan Brunei
- Sultan Brunei Adakan Lawatan Rasmi ke China
- Sultan Brunei Haji Hassanal Bolkiah akan Lawat China
- Bioteknologi China Sokong Saringan Kanser Serviks Brunei
- Han Zheng akan Lawat Indonesia dan Brunei
- China, Brunei Dorong Kerjasama Industri Sub-wilayah ASEAN
- Kerjasama China-Brunei: Raikan Kejayaan Lalu, Buka Lembaran Baharu
- China, Brunei Ikrar Perkasa Sinergi
- Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Brunei Lawat China
- Kejohanan Wusyu Antarabangsa Brunei Pertama Dirasmikan