- Lain-lain
Filem ‘Ne Zha 2’ Atasi ‘Star Wars’, Ungguli Carta Pecah Panggung Dunia
Ne Zha 2, sebuah filem animasi China telah memecahkan rekod dunia apabila mencatatkan kutipan paling tinggi dalam satu pasaran pada Jumaat iaitu sebanyak RMB6.82 bilion (AS$940.7 juta) setakat pukul 10 malam, lapor agensi berita Global Times.
Menurut platform penjualan tiket pawagam Maoyan, kejayaan Ne Zha 2 itu sekali gus menewaskan filem Star Wars: Episode VII – The Force Awaken yang sebelum ini meraih kutipan sebanyak AS$936.7 juta di Amerika Utara.
Pada Khamis, filem animasi dengan genre pengembaraan fantasi itu mengungguli carta pecah panggung China, secara tidak langsung mengenepikan bekas pendahulu iaitu The Battle at Lake Changjing, sebuah filem epik perang.
Penganalisis data Maoyan, Lai Li berkata berita tersebut bukan sahaja memberi galakan buat filem animasi China dan pembikin filem China, tetapi juga menyuntik keyakinan kepada pasaran filem global.
“Ia membuktikan bahawa terdapat banyak potensi untuk menerokai inspirasi daripada budaya tradisional kita (China) dan membina keyakinan untuk membuat lebih banyak filem animasi tempatan,” ujarnya ketika diwawancara Global Times.
Ne Zha 2, filem susulan daripada Ne Zha 2019, turut diinspirasikan daripada novel purba China iaitu Investiture of Gods – kisah seorang kanak-kanak lelaki yang mempunyai kelebihan luar biasa.
Filem tersebut telah membuat kemunculan sulungnya pada 29 Januari lalu bersama-sama dengan beberapa filem lain seperti Detective Chinatown 1900 and Creation of the Gods II: Demon Force, yang membantu melonjakkan kutipan pecah panggung China pada Festival Musim Bunga kepada rekod baharu iaitu sebanyak RMB9.51 bilion.
Chen Jin, penganalisis data untuk platform penjualan tiket Beacon memberitahu Global Times bahawa filem tersebut telah menarik perhatian penonton, yang membawa kepada pendapatan lumayan.
Malah, dia turut berpendapat bahawa filem tersebut berkemampuan untuk meraih pendapatan sehingga RMB9.5 bilion (AS$1.3 bilion).
Foto poster filem Ne Zha 2 daripada platform penjualan tiket, Maoyan.
Kalender 24 Jieqi: Hari Lichun, Permulaan Musim Bunga
Tahun Baru Cina di Beijing: Warga Asing Nimakti Salji, Hotpot & Kemeriahan Qianmen
Tiga “Mama” Zhejiang, Seorang Anak Uygur
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
- Filem China Pikat Hati Penonton Asing
- Pesta Filem Jalan Sutera Ke-11 di Xi'an
- 10 Filem Baharu Menanti Penonton Pada Cuti Hari Kebangsaan
- Pesta Kuih Bulan: Kutipan Tiket Filem Cecah RMB200 Juta
- Hasil Kutipan Filem Sempena Cuti Musim Panas Cecah RMB9.5 Bilion
- Jualan Pecah Panggung China 2024 Cecah Angka RMB5 Bilion
- Pesatnya Kembang Industri Penstriman China
- iQIYI Jalin Kerjasama dengan GSC Movies, Tayang Lebih Banyak Filem China di Malaysia