Mi Segera Mala AirAsia Pikat Selera Warga China, Jadi Buruan Warganet

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Sabtu 08 Februari 2025

Keenakan mi segera mala yang disajikan oleh syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia telah menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial China di platform Xiaohongshu atau Rednote.

Rata-rata penggemar makanan di China tertanya-tanya di manakah mereka boleh mendapatkan mi segera tersebut.

Difahamkan, mi segera itu dijual pada harga di antara RM20 ke RM25 sebungkus, dan ia bergantung kepada destinasi penerbangan.

“Sebaiknya, buatlah pesanan awal, atau ia mungkin akan habis dijual nanti,” demikian kata seorang warganet China.

Malah, ada juga yang menilai mi segera itu sebagai ‘makanan segera terbaik’ yang pernah dinikmati dalam hidupnya.

Warganet China tercari-cari untuk membeli mi segara mala AirAsia di Xiaohongshu, media sosial China. (Foto: Xiaohongshu@迷路-)

Warganet China tercari-cari untuk membeli mi segara mala AirAsia di Xiaohongshu, media sosial China. (Foto: Xiaohongshu@迷路-)

Mi segera mala AirAsia menjadi popular di Xiaohongshu, media sosial China. (Foto: Xiaohongshu)

Mi segera mala AirAsia menjadi popular di Xiaohongshu, media sosial China. (Foto: Xiaohongshu)

Video

Berita Berkaitan