Program Tukar Beli Lonjak Sektor Jualan

(CRI)Isnin 10 Februari 2025

Jualan barangan pengguna di seluruh negara merekodkan lonjakan yang memberangsangkan susulan pelaksanaan program tukar beli sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Menurut Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), didorong oleh insentif berkenaan, nilai jualan barangan pengguna seperti kereta, perkakas rumah, telefon bimbit dan produk digital mencatat lebih 31 bilion yuan (RM18.97 bilion) bagi tempoh 28 Januari hingga 4 Februari.

Perkakas rumah dan telefon bimbit antara yang merekodkan jualan paling tinggi dengan masing-masing menyaksikan peningkatan 166 peratus dan 182 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Video

Berita Berkaitan