- Lain-lain
Wang Yi Akan Pengerusikan Perbahasan Terbuka Peringkat Tinggi UNSC
Sebagai negara pengerusi bergilir Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi bulan Februari, China akan menugaskan wakilnya menganjurkan perbahasan terbuka peringkat tinggi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang bertema "Mengamalkan Multilateralisme dan Pembaharuan, Menambahbaikkan Tadbir Urus Global" pada 18 Februari.
Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang akhbar di Beijing pada Isnin.
Guo menambah bahawa Menteri Luar China, Wang Yi akan mempengerusikan perbahasan terbuka itu di New York, Amerika Syarikat.
Guo menyifatkan tahun ini sebagai ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia dan ulang tahun ke-80 PBB.
“Tahun ini merupakan detik sejarah untuk diperingati oleh pelbagai pihak dan permulaan untuk meneruskan kemaraan berdasarkan legasi yang holistik.
“Perbahasan terbuka peringkat tinggi atas inisiatif China kali ini yang dilihat sebagai sebahagian persiapan dalam siri acara untuk memperingati ulang tahun ke-80 PBB, akan meneliti semula misi asas PBB dan membentuk visi untuk masa depan yang indah.
“Kami (China) berharap perbahasan terbuka peringkat tinggi kali ini akan menjadi peluang kepada pihak-pihak berkenaan untuk mengimbau kembali perkembangan PBB sejak sekian lama, menegaskan komitmen serius terhadap amalan multilateralisme, memperlihatkan tekad yang kukuh untuk memelihara manifesto dan prinsip yang termaktub dalam Piagam PBB, memperkasakan kerjasama platform pelbagai hala termasuk PBB dan Majlis Keselamatan untuk mempercepatkan pelaksanaan Pakatan untuk Masa Depan dan memperbanyak penyelesaian yang bijaksana dan kondusif demi sistem tadbir urus global yang lebih adil dan saksama,” kata jurucakap itu.
Guo juga mengumumkan, atas jemputan Ronald Lamola, Menteri Luar Afrika Selatan yang merupakan negara pengerusi Kumpulan 20 (G20), Menteri Luar China Wang Yi akan menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar G20 di Johannesburg, Afrika Selatan dari 20 hingga 21 Februari.
Kalender 24 Jieqi: Hari Lichun, Permulaan Musim Bunga
Tahun Baru Cina di Beijing: Warga Asing Nimakti Salji, Hotpot & Kemeriahan Qianmen
Tiga “Mama” Zhejiang, Seorang Anak Uygur
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
- UNSC Adakan Mesyuarat Tertutup untuk Bincang Situasi Syria
- China Gesa Usaha Segera UNSC Redakan Situasi Lubnan-Israel
- AS Diseru Dorong Israel Laksanakan Resolusi UNSC
- Tolak Gencatan Senjata Bagaikan Beri Lampu Hijau Pembunuhan: Duta China
- Delegasi Khas UNSC Lawat Pintu Rafah
- Wang Yi Pengerusikan Mesyuarat UNSC Berhubung Isu Palestin-Israel