Trump, Putin Berbincang Menerusi Panggilan Telefon

(CRI)Khamis 13 Februari 2025

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden Rusia Vladimir Putin bersetuju untuk menjalin kerjasama rapat, termasuk saling melawat negara masing-masing.

Kesepakatan itu antara hasil perbincangan kedua-dua pemimpin menerusi panggilan telefon pada Rabu.

Mereka juga sepakat membolehkan pasukan masing-masing memulakan rundingan serta-merta bagi menamatkan konflik Rusia-Ukraine, dengan menghubungi Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy terlebih dahulu berkenaan perbualan ini.

Trump menyifatkan perbualan telefon bersama Putin sebagai 'panjang dan amat produktif'.

Menurut Setiausaha Akhbar Presiden Rusia, Dmitry Peskov, perbualan yang berlangsung hampir satu jam setengah itu turut menyentuh mengenai proses damai Asia Barat serta hubungan dua hala Rusia-AS.

Putin juga bersetuju dengan pandangan Trump bagi mencapai penyelesaian jangka panjang kepada isu Ukraine menerusi rundingan.

Video

Berita Berkaitan