Jenama Telefon Pintar China Semakin Popular di Timur Tengah

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 14 Februari 2025

Pada beberapa tahun mutakhir ini, jenama telefon pintar China semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna di Timur Tengah, dengan mencatatkan peningkatan stabil dalam jualannya.

Memetik data keluaran Canalys, firma penyelidikan pasaran yang berpangkalan di Singapura, penghantaran telefon ke Timur Tengah (kecuali Türkiye) direkodkan sebanyak 11.5 juta unit pada suku kedua 2024, sekali gus memperlihatkan kenaikan sebanyak 20 peratus dari tahun ke tahun.

Pengguna tempatan membeli telefon pintar Cina di Dubai Festival City Mall di Emiriah Arab Bersatu. (Foto oleh Rajeesh Vilakkathil)

Pengguna tempatan membeli telefon pintar Cina di Dubai Festival City Mall di Emiriah Arab Bersatu. (Foto oleh Rajeesh Vilakkathil)

Menurut firma itu lagi, pasaran telefon pintar Timur Tengah (tidak termasuk Türkiye) meningkat sebanyak 2 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2024, dengan penghantaran mencecah 12.2 juta unit.

Difahamkan, tiga jenama utama China iaitu HONOR, Transsion dan Xiaomi sahaja telah menyumbang hampir 50 peratus bahagian pasaran rantau tersebut.

Mengikut pemerhatian Arabian Gulf Business Insight, telefon pintar China telah memenangi hati pengguna Timur Tengah menerusi ciri-ciri prestasi kamera yang lebih baik, kapasiti bateri yang lebih besar dan harga yang berpatutan.

Timur Tengah merupakan pengguna awal teknologi 5G, iaitu teknologi telekomunikasi generasi baharu yang mempunyai industri maju seperti perisian, perkhidmatan internet dan e-dagang di rantau tersebut.

The National, sebuah akhbar arus perdana di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dipetik sebagai berkata bahawa ekonomi digital rantau itu diunjurkan mencecah AS$780 bilion menjelang 2030, yang secara ketara akan mengatasi purata global hingga akhir dekad.

Perkembangan pesat ekonomi digital dan peningkatan berterusan infrastruktur digital, seperti internet mudah alih, telah meningkatkan pasaran telefon pintar di rantau itu.

Di Dubai Festival City Mall di UAE, kedai pengalaman pengguna jenama telefon pintar China memaparkan pelbagai model telefon pintar boleh lipat, sekali gus menarik perhatian pembeli untuk meneroka, berunding dan menguji peranti.

Azhad, seorang petugas sebuah kedai, telah mempersembahkan HONOR Magic V3, model terbaharu yang dikeluarkan oleh pembuat telefon pintar China HONOR.

Menurut penjelasannya, bahawa model tersebut mempunyai hayat bateri yang panjang, reka bentuk yang ringan, dan ciri terjemahan terbina dalam yang menyokong sepuluh bahasa, termasuk bahasa Cina, Inggeris dan Arab.

"Sejak dilancarkan, model itu telah menjadi telefon pintar terlaris di kedai kami," kata Azhad.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jenama telefon pintar China seperti Xiaomi, Transsion, dan HONOR telah memperkenalkan rangkaian model dengan harga berpatutan dan berprestasi tinggi, sambil terus mengembangkan saluran jualan mereka.

Prestasi kukuh dan reka bentuk yang bergaya bagi model ini sering meletakkannya di barisan hadapan carta jualan di platform e-dagang Timur Tengah.

Pakar dan penulis tentang teknologi UAE, Ahmed Al Zarouni yang mengikut rapat dengan perkembangan industri telefon pintar menyatakan bahawa telefon pintar China mengutamakan permintaan pengguna, menawarkan spesifikasi yang berkualiti tinggi, dan sering membawa inovasi.

Menceritakan lanjut tentang pemerhatiannya, beliau berkata telefon pintar jenama China telah menjadi pemain utama dalam kemajuan telefon pintar global selepas membangun lebih daripada sedekad.

Kemampuan syarikat China dalam menyesuaikan diri serta komitmen untuk memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai adalah penyumbang terhadap penggunaan meluas telefon pintar buatan China di Timur Tengah.

Pelawat sedang mencuba produk kecerdasan buatan (AI) di salah satu reruai syarik at pada Pameran Teknologi Maklumat Negara-negara Teluk edisi ke-44 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. (Foto oleh Tarek Ibrahim)

Pelawat sedang mencuba produk kecerdasan buatan (AI) di salah satu reruai syarik at pada Pameran Teknologi Maklumat Negara-negara Teluk edisi ke-44 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. (Foto oleh Tarek Ibrahim)

Dengan kemajuan pesar model AI secara besar-bersaran, pembuat telefon pintar China juga semakin mempercepat penggunaan teknologi AI dalam perantinya.

“Jenama telefon pintar telah menginovasikan penggunaan AI masing-masing, sekali gus menjadi telefon pintar sebagai satu keperluan dalam kehidupan dan kerja,” kata Ahmed, sambil memperlihatkan model telefon pintar China yang menampilkan aplikasi terjemahan canggih oleh model AI.

International Data Corporation mengunjurkan bahawa sejumlah 170 juta telefon pintar AI generasi seterusnya dijangka dihantar pada 2024, mewakili hampir 15 peratus daripada keseluruhan pasaran telefon pintar.

Video

Berita Berkaitan