- Lain-lain
Wang Yi Bertemu PM Britain di London
Perdana Menteri Britain Keir Starmer menerima kunjungan Menteri Luar China Wang Yi di London pada Khamis.
Dalam pertemuan itu, Wang meluahkan hasrat China untuk melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara bagi memperkukuh trend perkembangan hubungan bilateral yang mampan.
Beliau berkata China komited memperluas kerjasama dengan Britain dalam pelbagai bidang termasuk infrastruktur, ekonomi dan pelaburan, tenaga bersih dan sebagainya demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Ujar Wang lagi, sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), China dan Britain perlu memperkasa komunikasi strategik dan meningkatkan kesalingpercayaan, selain mempertingkat kerjasama dalam bidang berkaitan masa depan manusia seperti perubahan iklim, kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan hijau.
Sementara itu, Starmer berkata kerjasama antara Britain dan China telah membuahkan hasil positif sejak akhir-akhir ini.
Beliau turut menyuarakan harapan supaya kedua-dua negara dapat menjalankan dialog secara jujur dan konstruktif bagi memantapkan perkembangan hubungan bilateral.
- Wang Yi Lawat UK dan Ireland, Hadir MSC
- Pencapaian tentang 69 Perkara dalam Dialog Ekonomi dan Kewangan China-Britain ke-11
- Xi Bertemu PM Britain
- Xi, PM Britain Adakan Perbualan Telefon
- PM China Utus Tahniah kepada PM Baharu Britain
- Wang Yi Bertemu Setiausaha Luar Britain
- Hubungan China-Britain yang Mantap dan Sihat Signifikan bagi Keamanan dan Kemakmuran Dunia
- Wang Yi Adakan Pertemuan dengan Rakan Sejawatnya dari Britain
- Han Zheng Bertemu Setiausaha Luar Britain
- Surat Tahniah Xi untuk Ulang Tahun Ke-70 “Kembara Pecah Ais” Perdagangan China-Britain