- Lain-lain
China Komited Jadi Tenaga Konstruktif dalam Senario Perubahan Dunia
China komited menjadi faktor ketentuan dalam sistem multipolar dan berdiri teguh sebagai tenaga konstruktif dalam senario perubahan dunia.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi ketika menyampaikan ucaptama dalam sesi 'China in the World' sempena Persidangan Keselamatan Munich (MSC) ke-61 yang berlangsung di Jerman pada Jumaat.
Wang berkata dunia multipolar merupakan arus sejarah yang tidak dapat dielakkan dan ia sedang menjadi realiti.
Dalam pada itu, beliau menekankan pentingnya melayan satu sama lain secara sama rata, menghormati kedaulatan undang-undang antarabangsa, mengamalkan multilateralisme serta menjunjung keterbukaan dan kesalinguntungan.
Wang berkata China sentiasa melihat Eropah sebagai satu pusat kuasa yang penting di dunia multipolar.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Kesatuan Eropah (EU).
China bersedia mengambil peluang ini untuk bersama EU memperdalam komunikasi strategik dan kerjasama saling untung serta mendorong dunia ke arah masa depan lebih cerah yang aman, selamat dan makmur dan maju.