- Lain-lain
Wang Yi Bertemu Menteri Luar Ukraine
China mendukung segala usaha ke arah kedamaian dan berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan, mempunyai kuasa mengikat serta boleh diterima semua pihak dapat dicapai.
Pendirian itu ditegaskan Menteri Luar China Wang Yi semasa bertemu dengan rakan sejawatannya dari Ukraine, Andrii Sybiha di Jerman pada Sabtu, di luar Persidangan Keselamatan Munich (MSC) ke-61.
Wang berkata China melihat Ukraine sebagai sahabat dan rakan kongsi dan sentiasa menggalakkan perkembangan hubungan dua hala dari perspektif jangka panjang.
Beliau menyatakan kesediaan China berkolaborasi dengan Ukraine untuk mengatasi pelbagai faktor yang tidak kondusif, memajukan hubungan dua hala dan menjalankan kerjasama pragmatik.
Sementara itu, Sybiha berkata pihaknya bersedia mengukuhkan kerjasama dan memperkasa perkongsian strategik dengan China, di samping terus melakukan yang terbaik untuk menjamin keselamatan institusi dan warga China di Ukraine.
Ukraine amat mementingkan pengaruh China selaku kuasa besar di peringkat global serta menghargai pendiriannya yang objektif dan seimbang.
Diharap China terus memainkan peranan penting dalam usaha mewujudkan kedamaian yang komprehensif, adil dan berkekalan, tambah beliau.
- China Seru 'Tiga Prinsip' Dipatuhi untuk Redakan Krisis Ukraine
- Perbincangan Menteri Luar China, Ukraine Diadakan di Guangzhou
- Menteri Luar Ukraine Lawat China Mulai Hari Ini
- Dialog, Rundingan Mekanisme Tunggal Tangani Krisis Ukraine - Xi
- Xi Hubungi Zelenskyy menerusi Panggilan
- Qin Gang Bincang dengan Menteri Luar Ukraine
- Diplomat Kanan China, Ukraine Temu di Munich