MSC Ke-61 Melabuhkan Tirai pada Ahad

(CRI)Isnin 17 Februari 2025

Persidangan Keselamatan Munich (MSC) Ke-61 yang berlangsung selama tiga hari secara rasmi melabuhkan tirainya pada Ahad.

Antara topik-topik yang menjadi tumpuan pada persidangan tersebut termasuklah berkaitan keselamatan Eropah, konflik Rusia-Ukraine dan keamanan Timur Tengah.

Beberapa isu bagaimanapun mencetuskan perdebatan ramai susulan perbezaan pendapat dalam kalangan tetamu yang hadir pada persidangan tersebut, bagaimanapun isu keselamatan menjadi tumpuan semua pihak.

Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ada menghubungi rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menerusi panggilan telefon dan memaklumkan Washington dan Moscow setuju untuk "bekerjasama rapat" bagi menamatkan konflik antara Rusia-Ukraine serta akan menghantar pasukan masing-masing untuk memulakan rundingan dengan kadar segera.

Rundingan tersebut menyebabkan Kesatuan Eropah (EU) bimbang akan diketepikan dalam proses perdamaian Ukraine.

Sementara itu, ketika persidangan MSC berlangsung Naib Presiden AS, James David Vance mengkritik demokrasi dan imigrasi EU dan menyifatkan "ancaman terbesar dihadapi EU adalah dari dalam Eropah".

Kenyataan berkenaan menerima kecaman ahli politik EU. Sesetengah peserta persidangan berpendapat bahawa ketidaktentuan yang dibawa peralihan pentadbiran AS memburukkan lagi perpecahan hubungan AS dengan EU.

Video

Berita Berkaitan