- Lain-lain
China dan IOC Mahu Tingkatkan Kerjasama
China amat menghargai sumbangan besar Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach dalam menggalakkan kerjasama antara IOC dengan China sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Malah Presiden China, Xi Jinping turut memberikan pengiktirafan tinggi terhadap kerja-kerja dan peranan yang dimainkan Presiden Bach dan IOC.
Demikian menurut Naib Presiden China, Han Zheng ketika bertemu Bach di Beijing pada Selasa.
Han berkata, China sentiasa mementingkan pembangunan sukan dan terlibat aktif dalam hal ehwal Olimpik dan sukan antarabangsa.
Malah China bersedia untuk memperdalam kerjasama dengan IOC dalam lebih banyak bidang, bersama-sama memajukan perkembangan Olimpik, dan membuat sumbangan baharu untuk menggalakkan keamanan, perpaduan dan kemajuan dunia.
Sementara itu, Bach mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang Sukan Asia Musim Sejuk ke-9 di Harbin dan berterima kasih atas sokongan China kepada IOC selama ini.
Beliau menyatakan bahawa IOC bersedia memperkukuh kerjasama dengan China, bersama-sama mempertahankan amalan multilateralisme, dan memacu usaha Olimpik mencapai kejayaan yang lebih besar.