- Lain-lain
China Komited Wujudkan Sistem Tadbir Urus Global Yang Adil dan Saksama
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat peringkat tinggi mengenai "mengamalkan multilateralisme dan menambah baik tadbir urus global", di sini pada Selasa.
Menteri Luar China Wang Yi ketika mempengerusikan mesyuarat itu berkata bahawa 2025 menandakan ulang tahun ke-80 penubuhan PBB.
"Dalam menghadapi perubahan besar pola dunia dewasa ini, negara 'Selatan Global' bukan sahaja harus meneroka pencapaian bersejarah untuk maju seiring ke arah pemodenan, malah juga dikehendaki berjalan di barisan depan dalam usaha menambah baik sistem tadbir urus global," ujar beliau.
Wang Yi telah menegaskan pentingnya untuk memelihara kesamarataan kedaulatan, keadilan, dan solidariti, selain mempromosikan pendekatan berorientasikan tindakan.
Beliau berkata, sejak Republik Rakyat China mengambil alih semula kerusi sahnya di PBB, negara ini secara konsisten memberikan sumbangan demi tadbir urus global di samping menyediakan pelan penyelesaian China.
"China meneruskan tadbir urus global yang aman dan selamat, mengikuti jalan pembangunan yang damai, menyelesaikan pertikaian dan perbezaan melalui kaedah damai, selain komited memainkan peranan yang membina dalam menggalakkan penyelesaian isu hangat di pentas dunia.
"China bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk mengambil kebijakan daripada sejarah, membuka era baharu multilateralisme hingga membina sistem tadbir urus global yang lebih adil dan saksama," kata Wang.
Dalam mesyuarat itu, Setiausaha Agung PBB António Guterres memberikan laporan situasi. Perwakilan peringkat tinggi dari lebih 100 negara, seperti menteri luar, menghadiri mesyuarat tersebut.
- Kadar Sumbangan China bagi Peningkatan Ekonomi Dunia No.1 dalam Tempoh 1979-2023
- China Komited Berkongsi Dividen dan Peluang Pembangunan dengan Dunia
- Ekonomi China yang Cepat Pulih Suntik Keyakinan kepada Dunia
- Sumbangan China sebagai Enjin Pembangunan Global
- Anjuran China Gariskan Hala Tuju Pembangunan Dunia
- China, Enjin Penting Pertumbuhan Ekonomi Dunia
- China Berperanan Penting dalam Rantai Nilai Asia Pasifik
- China, Enjin Penting bagi Pemulihan Ekonomi Sejagat
- China Penyumbang Terbesar dari Asia Pasifik kepada Pertumbuhan Ekonomi Global
- Wawasan Pembangunan China Suntik Tenaga Positif kepada Dunia