NRDC Umum Rancangan Tambah Sokongan Kepada Firma Swasta

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 19 Februari 2025

China mengumumkan untuk membantu syarikat swasta tempatan bagi menyumbang kepada strategi utama negara, menjamin kapasiti keselamatan dalam bidang penting, serta menyertai dalam penambahbaikan peralatan berskala besar dan program tukar beli barangan pengguna.

Memetik laporan agensi berita Xinhua pada Selasa, Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Negara (NRDC) selaku perancang ekonomi utama China menyatakan bahawa langkah tersebut adalah susulan daripada simposium berprofil tinggi yang memfokuskan perusahaan swasta yang diadakan pada Isnin.

NRDC turut memberitahu bahawa ia akan mengkaji semula dan mengeluarkan senarai negatif baharu untuk akses pasaran dengan sesegera yang mungkin, serta akan meneruskan usaha untuk memastikan akses firma swasta yang adil – khususnya dalam sektor infrastruktur yang kompetitif.

Difahamkan, NRDC juga akan bekerjasama dengan badan-badan kerajaan yang berkaitan untuk mengintensifkan langkah kawal selia menerusi denda yang lebih ketat kepada amalan perniagaan yang tidak jujur.

Pada masa sama, NRDC juga mengumumkan untuk mengatasi isu pembayaran tertunggak kepada syarikat swasta.

Untuk rekod, sektor swasta telah menjadi tulang belakang ekonomi China sejak sekian lama, yang meliputi lebih 92 peratus daripada urus niaga negara. Selain itu, pihak swasta telah memainkan peranan penting dalam mendorong usaha inovasi China, dengan menyumbang sebanyak lebih daripada 92 peratus syarikat berteknologi tingginya.

Video

Berita Berkaitan