Israel Mulakan Rundingan Gencatan Senjata Fasa Kedua Minggu ini

(CRI)Rabu 19 Februari 2025

Menteri Luar Israel, Gideon Sa'ar dalam sidang akhbar semalam memaklumkan bahawa pihaknya akan memulakan rundingan gencatan senjata fasa kedua di Gaza minggu ini.

Sa'ar berkata, Kabinet Keselamatan Israel yang bermesyuarat pada Isnin telah memutuskan untuk memulakan fasa kedua rundingan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

Rundingan tersebut dijangka melibatkan pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas.

Menurut beliau Israel menuntut "pelucutan senjata sepenuhnya" di Gaza, dan menentang rancangan memindahkan kawalan awam kawasan itu dari Hamas kepada Pihak Berkuasa Palestin (PNA).

Video

Berita Berkaitan