Filem Animasi "Ne Zha 2" Jadi Topik Hangat di Peringkat Global

(CRI)Khamis 20 Februari 2025

Sehingga 18 Feb lalu, jumlah kutipan tiket filem animasi "Ne Zha 2" mencapai RMB12.1 bilion (RM7.37 bilion) di pasaran seluruh dunia, sekali gus memasuki senarai sembilan filem kutipan paling banyak di dunia, dan juga filem animasi pertama dari Asia yang berjaya memasuki senarai tersebut.

Filem ini menarik perhatian media di peringkat global.

Media-media termasuk Bangladesh Pratidin, Iranian Students' News Agency, dan Anadolu mengulas bahawa "Ne Zha 2" menggunakan teknologi visual yang canggih, memberikan pengalaman yang bagus kepada penonton, mendapat sumbutan baik di pasaran China, dan sekali gus membaharui rekod kutipan tiket filem China.

Selain itu, "Ne Zha 2" telah ditayangkan di pawagam di Australia, Amerika Syarikat (AS) dan kawasan lain, manakala sesi tayangan khas filem itu telah diadakan di Amerika utara pada minggu lalu.

Akhbar The New York Times mengulas bahawa China sebagai pasaran filem kedua terbesar di dunia, telah menyumbang banyak dalam kutipan tiket Hollywood selama ini. Namun pada masa ini, prestasi filem China telah mendahului filem AS. 

Video

Berita Berkaitan