- Lain-lain
Usaha Banteras Penipuan Telekomunikasi Berjaya - PM Thailand
Langkah untuk membanteras kegiatan penipuan telekomunikasi yang dilaksanakan kerajaan Thailand telah mencapai kejayaan.
Sehubungan dengan itu, Thailand akan meneruskan usaha membanteras jenayah rentas sempadan dengan lebih ketat.
Demikian dinyatakan Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra ketika berucap pada satu majlis di Thailand semalam.
Menurut beliau, kerajaan negara itu baru-baru ini telah memutuskan bekalan elektrik, akses internet serta bahan api di kawasan sempadan Thailand-Myanmar yang disyaki menjadi lubuk kegiatan penipuan.
Selain itu, lebih 300 orang yang terlibat dalam penipuan telekomunikasi juga telah dihantar ke Thailand, manakala kira-kira 7,000 orang pula sedang menunggu untuk dipulangkan.
Pada petang hari yang sama, Phetongtarn ketika berucap pada sesi mesyuarat dengan anggota polis telah meminta agar polis Thailand terus menguatkuasakan tindakan tegas terhadap jenayah rentas sempadan, sementara bekerjasama dengan negara jiran dan agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa, di samping meningkatkan keupayaan membanteras jenayah rentas sempadan melalui informasi dan latihan bersama.
- China, Myanmar Komited Banteras Jenayah Rentas Sempadan Bersama
- Myanmar Serah 261 Mangsa Sindiket Penipuan Telekomunikasi kepada Thailand
- Myanmar Banteras Jenayah Telekomunikasi Habis-habisan
- Lebih 30 Pengusaha Perjudian Dihantar Balik dari Filipina ke China
- China, Laos Kerjasama Banteras Penipuan Telekomunikasi
- Kerjasama Tumpas Jenayah Penipuan Siber Berhasil