- Lain-lain
‘Bas Sekolah Udara’ Jamin Perjalanan Lebih Selamat Buat Pelajar di Pergunungan
Dalam tempoh kurang tiga minit sahaja, sebuah lif telah membawa naik sembilan pelajar dari tapak lembah Ngarai Besar Sungai Nizhu ke platform kereta kabel setinggi 268 meter.
Setibanya di atas, para pelajar menaiki kereta kabel, dan tiba di sekolah rendah kampung Guangzhai yang terletak di puncak gunung dalam tempoh lima ke enam minit.
Trek yang dahulunya berbahaya, serta memerlukan perjalanan tiga hingga empat jam, kini hanya mengambil kurang daripada setengah jam untuk ke puncak dengan adanya apa yang disebut sebagai ‘bas sekolah udara’.
Kanak-kanak dari kampung Sungai Nizhu tiba di stesen kereta kabel. (Foto oleh Jia Liyao)
Terletak di atas Ngarai Besar Sungai Nizhu di perbandaran Puli, Xuanwei, Provinsi Yunnan, sekolah rendah kampung Guanzhai berada pada ketinggian 1,650 meter. Kampung Sungai Nizhu, yang merupakan kampung asli di bawah pentadbiran Jawatankuasa Kampung Guanzhai, terletak di bawah ngarai itu pada paras 1,100 meter di atas laut.
Pada Oktober 2022, sebuah lift berketinggian 268 meter dan kereta kabel dengan jarak 200 meter secara rasminya beroperasi, sekali gus memberikan pelajar perkhidmatan ‘bas udara’ untuk ke sekolah.
Cerita yang penuh menyentuh itu secara tidak langsung mencerminkan kemajuan dari masa ke masa, dan memaparkan daya tahan dalam semangat manusia, selain menunjukkan perubahan dalam gaya pemikiran.
Para pelajar dari kampung Sungai Nizhu sedang menaiki kereta kabel. (Foto oleh Jia Liyao)
Hari ini, infrastruktur modern menggalas legasi warga generasi terdahulu, dan menggerakkan impian orang muda ke arah lingkuan yang tidak terjangkau pada dahulunya.
Difahamkan, kampung terpencil tersebut yang akhirnya berjaya keluar daripada keterasingan merupakan hasil daripada pelaksanaan ekopelancongan, yang secara tidak langsung mewujudkan kafe, bar dan hab masakan tempatan, serta membolehkan lebih daripada 1,600 penduduk untuk berkembang maju tanpa perlu keluar daripada kampung halaman masing-masing.
Perkembangan dan kesejahteraan berkait rapat. Laluan yang dahulunya merupakan jalan keluar dari kemiskinan, kini telah menjadi jalan menuju kemakmuran, yang secara jelas menunjukkan prinsip untuk memastikan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan.
Ia juga mencerminkan kitaran positif antara pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup yang lebih baik, sekali gus menonjolkan potensi pemodenan Cina yang tidak bersempadan.
Perkampungan Sungai Nizhu bukanlah kes terpencil kerana terdapat ribuan kampung pergunungan di seluruh China telah berubah. Dipandu oleh idea-idea yang berfikiran ke hadapan dan disokong oleh dasar dan sumber, tanah yang dahulunya tandus kini penuh dengan peluang.
Dengan kerja keras dan keazaman, orang ramai membentuk semula masa depan mereka dan mengharungi gelombang kemajuan untuk membina kehidupan yang lebih baik.
- Sekolah di Serata China Kreatif Alu-alukan Kedatangan Pelajar Untuk Semester Baharu
- Pujian Patut Diberikan kepada China yang Pergiatkan Penyelidikan Matematik, Perkomputeran dan Sains Asas - Profesor Harvard
- Guru Fizik Tarik Minat Pelajar Dengan Cara Tersendiri
- CIFTIS Sediakan Platform bagi Kerjasama Pendidikan antara Negara ASEAN dengan China
- Guru, Penyuluh Hidup Kanak-kanak di Gunung
- Selamat Kembali ke Sekolah, Para Pelajar!
- CAECW 2024 Buka Tirai, Tawar Lebih 70 Aktiviti
- China Azam Mahu Lahirkan Guru Berkualiti Tinggi, Perkuat Sektor Pendidikan
- Malaysia Komited Promosi Pendidikan Secara Lebih Efisien pada CAECW Tahun Depan
- Kerjasama Pendidikan China-ASEAN Semakin Erat Berkat Program "Lambaian Seribu Sekolah"