- Lain-lain
China Duduki Tangga Kedua Ranking Global Soft Power Index 2025
China melonjakkan kedudukannya ke tangga ke-2 dalam Global Soft Power Index 2025, berbanding tangga ke-3 pada tahun 2024.
Keputusan itu diumumkan pada Khamis menerusi laporan yang diterbitkan syarikat perunding Brand Finance yang berpangkalan di London.
Amerika Syarikat kekal di kedudukan pertama, diikuti Britain, Jepun dan Jerman yang masing-masing berada di tempat ketiga, keempat dan kelima.
Sejak 2024 China merekodkan pertumbuhan ketara dalam enam daripada lapan tonggak Soft Power serta dua pertiga indeks berkenaan.
Peningkatan indeks China tersebut hasil daripada perkembangan Inisiatif Jalur dan Laluan, pembangunan mampan dan daya pengaruh jenama domestik China yang semakin kukuh.
Keputusan itu dibuat syarikat Brand Finance hasil tinjauan terhadap lebih 170,000 responden dari lebih 100 negara dan penilaian terhadap prestasi global kesemua 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.