- Lain-lain
Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan Kemuka Enam Pembaharuan Inovasi Keinstitusian
![]() |
Kontena sedang diangkut di pelabuhan Yangpu, Provinsi Hainan, di selatan China. (People’s Daily Online/Fu Wuping) |
Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan di Provinsi Hainan, selatan China pada Rabu telah mengeluarkan enam kes inovasi keinstitusian baharu.
Difahamkan, ia termasuk peluasan pengecualian tarif import terhadap penjualan barangan domestik dengan nilai tambah daripada pemprosesan di Kawasan Pelabuhan Berikat Yangpu kepada seluruh Pulau Hainan; satu model baharu untuk kelulusan istimewa barangan pembiakan tumbuh-tumbuhan import; inovasi dalam perkhidmatan dan penyeliaan bebas cukai luar pesisir; perkhidmatan integrasi ‘Kredit + Pintar’ di pelabuhan-pelabuhan laut; liputan menyeluruh platform perkhidmatan integrasi syarikat di Pulau Hainan; dan pembaharuan ‘Lima dalam Satu’ buat pendaftaran perusahaan asing.
Pada tahun-tahun mutakhir ini, Hainan juga telah memperkenalkan sejumlah 158 kes inovasi keinstitusian dalam 19 kumpulan, yang seiring dengan piawaian ekonomi dan perdagangan antarabangsa, sambil menyokong pembangunan perindustrian.
![]() |
Penyelidik sedang bekerja di sebuah makmal di Bandar Sains dan Teknologi Teluk Yazhou di Sanya, Provinsi Hainan. (People’s Daily Online/Meng Fansheng) |
![]() |
Kedai pengguna di Bandar Bebas Cukai Antarabangsa Haikou, di Provinsi Hainan. (Foto ihsan Kumpulan Bebas Cukai China) |
- Acara Hiburan, Sukan Rancakkan Kedatangan Pelancong Luar ke Hainan
- Sanya Disenaraikan Sebagai 10 Destinasi Teratas 2025
- Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Komersial Pertama China
- Kedai Kopi Kampung Dorong Pembangunan Luar Bandar di Hainan
- Perkhidmatan Penyelenggaraan untuk Kapal Terbang Masuk Berkembang Pesat di Hainan
- Aktiviti Popularisasi Sains Memfokuskan Koko Diadakan di Hainan
- Zon Bebas Komprehensif Zhongguancun Mulakan Operasi
- Hainan Percepat Sambung Kerja Pasca Taufan Super
- Ladang Laut Pulau Wuzhizhou di Sanya, Hainan
- Lebih 940,000 Pelancong Manfaatkan Dasar Bebas Visa di Hainan