- Lain-lain
Latihan Armada China Berhampiran Perairan Australia Telus dan Sah
China terkesima dan tidak puas hati terhadap tindakan Australia yang sengaja menggembar-gemburkan latihan armada China di perairan umum yang berhampiran perairan negaranya.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian pada sidang media baru-baru ini susulan dakwaan Australia yang mengkritik tindakan China kurang telus, malah pihaknya terpaksa mengarahkan sejumlah syarikat penerbangan menyusun semula jadual operasi.
Wu berkata, sebelum armada China yang terdiri daripada tiga buah kapal tentera menjalankan latihan menembak yang menyasarkan laut di perairan umum yang jauh dari pantai Australia, pihaknya pernah berulang kali mewartakan pengumuman keselamatan. Misi China yang sah dan sejajar dengan kelaziman antarabangsa itu, jelas tidak menjadikan keselamatan penerbangan terkesan.
Beliau menambah, Australia diharap memupuk sikap yang ikhlas dan profesional ketika menangani hubungan antara tentera kedua-dua negara, dan mengambil tindak yang substantif bagi menstabilkan hubungan berkenaan.
- PLA Jalani Latihan Tentera di Kawasan Sempadan China-Myanmar
- Tentera China dan Kemboja Bakal Adakan Latihan Bersama
- PLA Atur Latihan di Laut China Selatan
- Latihan Tentera Laut Bersama China, Iran, Rusia Berakhir
- Tentera China, Rusia Anjur Rundingan Strategik Pusingan ke-22
- Latihan Ketenteraan Bersama Multilateral "Aman Youyi-2023" Bermula
- Latihan Tentera "Kedamaian dan Persahabatan 2023" Bakal Diadakan
- China, Thailand Adakan Latihan Bersama Tentera Laut 'Blue Strike-2023'
- Tentera Laut China akan Sertai Latihan "Komodo-2023" di Indonesia
- Latihan Ketenteraan Bersama Kemboja-China "Golden Dragon 2023" Bermula