Naib Perdana Menteri China, Setiausaha Perbendaharaan AS Bincang Isu Ekonomi

(CRI)Sabtu 22 Februari 2025

Naib Perdana Menteri China, He Lifeng selaku pemimpin pihak China dalam rundingan ekonomi dan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) semalam telah bersama dengan Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent membincangkan isu-isu dalam bidang ekonomi menerusi panggilan video seperti yang dijadualkan.

Kedua-dua pihak telah menyentuh tentang pelaksanaan kata sepakat dicapai pemimpin tertinggi dari negara masing-masing di samping bertukar-tukar pandangan secara mendalam mengenai isu ekonomi yang penting dalam hubungan bilateral.

Kedua-dua pihak China dan AS menekankan peri pentingnya hubungan bilateral dalam bidang ekonomi dan perdagangan, dan bersedia untuk terus mengekalkan komunikasi terhadap isu-isu yang menjadi perhatian pihak lain.

Sementara itu, China juga menyampaikan keprihatinan yang serius terhadap langkah sekatan dilakukan AS baru-baru ini, termasuk peningkatan tarif terhadap produk eksport China.

Video

Berita Berkaitan