- Lain-lain
Laluan Penerbangan Xi'an-Kunming-KL Operasi Hari ini
Laluan penerbangan pergi balik antara bandar Xi'an dengan Kuala Lumpur, Malaysia telah beroperasi secara rasmi hari ini.
Laluan ini juga menjadi laluan antarabangsa pertama yang dibuka sejak beroperasinya Terminal-5 di Lapangan Terbang Antarabangsa Xianyang di bandar Xi'an pada Khamis lalu.
Pada pukul 8:40 pagi tadi, sebuah pesawat Airbus A320 dengan nombor penerbangan MU873 berlepas tepat pada waktunya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Xianyang, menandakan bermulanya operasi rasmi laluan penerbangan Xi'an- Kuala Lumpur.
Laluan kendalian China Eastern Airlines ini beroperasi setiap hari dengan satu penerbangan pergi balik yang menggunakan number penerbangan MU873/874. Bandar Kunming di kawasan bahagian barat daya China ditetapkan sebagai hab transit sepanjang penerbangan Xi'an-KL .
Pembukaan laluan ini bukan sahaja menyediakan pilihan perjalanan yang lebih mudah untuk penumpang dari Shaanxi, Yunnan dan Malaysia, malahan juga membina satu jambatan baharu yang boleh menghubungkan kawasan bahagian barat dan tengah China dengan rantau Asia Tenggara, sekali gus membantu memudahkan pertukaran sosiobudaya serantau.
- Laluan Shanghai-Hanoi, Slot ke-50 dalam Jadual Penerbangan China-Vietnam
- Tiba Masa Manfaatkan Momentum Kerjasama E-dagang
- Laluan Penerbangan Taiyuan-Sanya-Singapura Bakal Dibuka
- Bebas Visa: Xinjiang Sambut Penerbangan Sewa Khas Pertama dari Malaysia
- AirAsia Bakal Lancar Laluan Baharu ke China
- Laluan Penerbangan Penumpang yang Baharu untuk Hubungkan Nanjing, KL
- Guiyang Buka Semula Penerbangan Terus ke KL
- Shanghai Buka Laluan Penerbangan Terus ke Pulau Pinang Sempena Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik
- Laluan Penerbangan Terus Nanjing-Semporna Mulakan Operasi
- Langkah Permudah Urusan Visa Pacu Pelancongan, Penerbangan ke ASEAN Bertambah