- Lain-lain
China Teruskan Usaha Kembangkan Pembukaan Peringkat Tinggi pada 2025
Pembukaan adalah ciri khas pemodenan Cina. Sejak awal 2025, pelbagai wilayah dan jabatan kerajaan di China terus meningkatkan pembukaan institusi dan secara sukarelanya mahu mengguna pakai peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang berpiawaian tinggi.
Dengan memanfaatkan kekuatan pasarannya yang besar, China telah meningkatkan kapasitinya untuk pembukaan, sambil mengembangkan kerjasama antarabangsa dengan negara lain, dan membangunkan institusi baharu untuk ekonomi terbuka yang berpiawaian lebih tinggi.
Pelancong asing mengambil gambar di Taman Yuyuan Shanghai, 27 Januari 2025. (People's Daily Online/Wang Chu)
Pada 1 Januari, Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) China-Maldives secara rasmi berkuat kuasa, sekali gus menyaksikan pelaksanaan sifar tarif ke atas lebih 95 peratus talian tarif dan nilai import antara kedua-dua negara.
"Berikutan pelaksanaan FTA, tarif import ke atas mesin basuh di Maldives turun daripada 20 peratus kepada sifar," kata Wu Tong, eksekutif dari Hisense International, cawangan perniagaan luar negara bagi peralatan utama multinasional China dan pengeluar elektronik Hisense Group.
"Tahun ini, kami menjangkakan mendapat manfaat daripada pengurangan tarif berjumlah hampir RMB420,000 (AS$57,920) ke atas eksport produk perkakasan rumah kami ke Maldives," kata Wu.
China telah secara proaktif mengikut peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa berstandard tinggi, dan mengembangkan rangkaian kawasan perdagangan bebas berstandard tinggi yang berorientasikan global.
"Pada 2025, agenda rundingan FTA kami kekal menjadi keutamaan," kata Li Yongjie, timbalan wakil perdagangan antarabangsa Kementerian Perdagangan China.
Menurut beliau itu, China akan berunding dengan negara dan wilayah tambahan yang berminat untuk mengembangkan rangkaian global kawasan perdagangan bebas berpiawaian tinggi.
“Pada masa yang sama, China akan memastikan pelaksanaan FTA sedia ada yang berkualiti tinggi, supaya perjanjian ini dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada perniagaan serta rakyat di China dan rakan perdagangan bebasnya,” kata Li.
Kesan pembukaan China melangkaui angka perdagangan. Timbalan datuk bandar Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenzhen, Luo Huanghao berkata bahawa situasi seperti jurutera di New York menerbangkan dron yang dibuat di Shenzhen, seorang gadis muda di Paris memakai pakaian tradisional Cina dari Guangzhou atau kanak-kanak Afrika bermain dengan mainan dari Chaoshan, ia sekali gus melangkaui aliran barangan, tetapi lebih berkisar tentang perkongsian teknologi dan pertukaran budaya
Kontena e-dagang rentas sempadan dipunggah dari kapal asing di pelabuhan Shidao Xingang di Rongcheng, Provinsi Shandong, timur China, 14 Februari 2025. (People's Daily Online/Yang Zhili)
Menurut Luo, Shenzhen – hab global untuk e-dagang rentas sempadan, memiliki sejumlah 120,000 penjual e-dagang rentas sempadan dan menjadi tuan rumah empat perlima daripada 20 platform e-dagang rentas sempadan teratas dunia.
Pada 2024, nilai import dan eksport e-dagang rentas sempadan China mencecah RMB2.63 trilion yuan, menandakan pertumbuhan 10.8 peratus, secara tidak langsung membuka potensi yang lebih besar untuk negara itu dalam kedua-dua "menjual kepada dunia" dan "membeli dari dunia."
Sejak awal tahun ini, semakin ramai pelabur asing memilih untuk melabur di China.
Pada 6 Januari, gergasi kereta Jerman, Volkswagen dan pembuat kenderaan tenaga baharu China, XPENG mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani memorandum persefahaman untuk kerjasama strategik pada rangkaian pengecasan superpantas di China.
Pada 15 Januari pula, PiovanGroup yang berpangkalan di Itali membuka ibu pejabatnya di Asia Pasifik dan kemudahan baharu di Suzhou, Provinsi Jiangsu, di timur China. Pada 23 Januari, Air Liquide, syarikat multinasional Perancis menandatangani perjanjian dengan perusahaan China di Yancheng, Jiangsu, untuk membangunkan bersama projek metanol hijau yang dikuasakan oleh biogas.
Pada 2025, China akan terus menstabilkan pelaburan asing, menawarkan pelabur asing persekitaran perniagaan yang kukuh, yang membolehkan mereka untuk beroperasi dengan yakin.
Pertama, China berikrar untuk memendekkan lagi senarai negatif pelaburan asing, menjadikannya lebih mudah bagi perusahaan pelaburan asing untuk mengakses pasaran China.
Pada 2024, negara Tembok Besar itu terus melonggarkan akses pasaran untuk pelabur asing, termasuk membenarkan penubuhan hospital milik warga asing sepenuhnya di bandar dan kawasan tertentu, termasuk Beijing, Tianjin dan Shanghai, serta menghapuskan semua sekatan akses pasaran untuk pelabur asing dalam sektor pembuatan. Hasilnya, 59,080 perusahaan baharu pelaburan asing telah ditubuhkan di seluruh negara pada 2024, meningkat 9.9 peratus tahun ke tahun.
Sebuah kereta api kargo China-Eropah yang penuh dengan muatan berlepas dari Pangkalan Kerjasama Logistik China-Kazakhstan (Lianyungang) di Lianyungang, Provinsi Jiangsu di timur China, 6 Februari 2025. (People's Daily Online/Wang Chun)
Jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yadong, berkata bahawa China akan terus memajukan pembukaan sektor perkhidmatannya pada 2025, selain mengembangkan program perintisnya untuk membuka bidang seperti telekomunikasi, perkhidmatan perubatan dan pendidikan.
Tambah beliau, ia juga antara lainnya akan berfungsi untuk mengembangkan katalog menggalakkan industri untuk pelaburan asing agar menarik lebih banyak pelaburan asing.
Kedua, China akan terus menambah baik persekitaran perniagaannya dan mewujudkan persekitaran dasar yang stabil, telus dan boleh diramal.
Pada 5 Februari, Shanghai menjadi tuan rumah Persidangan Pengoptimuman Persekitaran Perniagaan tahunannya, dan telah memperkenalkan pelan tindakan versi 8.0 untuk menambah baik lagi persekitaran perniagaan bandar itu. Ini menandakan tahun kelapan berturut-turut Shanghai telah mengadakan persidangan persekitaran perniagaan seluruh bandar pada hari bekerja pertama selepas cuti Tahun Baru Cina.
Menurut Simon Yang, presiden Aptiv untuk China dan rantau Asia Pasifik, perusahaan antarabangsa sering menghadapi pelbagai peraturan tempatan apabila beroperasi dan melabur di negara yang berbeza.
“Namun demikian, Shanghai menonjol kerana dasar konsistennya mengenai insentif cukai, prosedur kelulusan diperkemas dan kestabilan kawal selia,” kata Yang.
Dengan memupuk persekitaran pasaran untuk persaingan yang adil, di mana semua entiti perniagaan boleh mengakses sumber secara sama rata dan bersaing di padang yang sama rata, China sedang mewujudkan persekitaran perniagaan bertaraf dunia sambil memajukan pembukaan peringkat tinggi, yang pasti akan mendorong ekonomi terbuka negara ke tahap baharu.
- Keterbukaan China Cetus Peluang Luas Buat Dunia
- Laporan Keterbukaan Dunia 2024 Dikeluarkan
- China Komited Perluas Keterbukaan terhadap LDC
- Artikel Xi Mengenai Pemerkasaan Pembaharuan dan Pintu Terbuka Diterbitkan
- China Konsisten Tingkatkan Tahap Keterbukaan dari Segi Institusi pada 2024
- Konvensyen Apostille Berkuat Kuasa di China
- Laporan Keterbukaan Dunia 2023 Disiarkan
- Keterbukaan China Sediakan Pasaran Luas untuk Thailand
- Sertai Pembaharuan WTO, Tingkatkan Tahap Keterbukaan - Xi
- China Terus Tingkatkan Tahap Keterbukaan dari Segi Institusi