- Lain-lain
Pencarian Semula MH370 di Lokasi Baharu
Pencarian semula MH370 akan diteruskan di lokasi baharu kira-kira 1,500 kilometer dari pantai barat Australia.
Ocean Infinity yang berpangkalan di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) telah menandatangani kontrak 'tiada penemuan, tiada bayaran' dengan kerajaan Malaysia untuk menyambung semula operasi pencarian di lokasi baharu seluas kira-kira 15,000 kilometer persegi, kira-kira 1,500 kilometer dari pantai Perth, Australia.
Pada 8 Mac 2014, penerbangan Malaysia Airlines MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, membawa 239 penumpang dan anak kapal terputus hubungan.
Pada 29 Januari 2015, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengisytiharkan MH370 sebagai kemalangan, menurut Standards of Annexes 12 dan 13 Konvensyen Chicago, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap telah terkorban.