- Lain-lain
Angkasawan Wanita Pertama China Bentang Pembangunan Wanita China di PBB
Sesi ke-58 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) mengadakan mesyuarat peringkat tinggi sempena ulang tahun ke-30 Deklarasi Beijing dan Platform Tindakan, pada Isnin.
Liu Yang, angkasawan wanita pertama China yang memasuki ruang angkasa lepas, menyampaikan ucaptama melalui video sebagai wakil wanita cemerlang di dunia.
Beliau memberikan taklimat tentang konsep dan pencapaian pembangunan berkualiti tinggi kaum wanita China pada era baharu.
Liu berkata, konsep "no gender in standards" yang dipegang industri aeroangkasa China memperlihatkan logik penting dalam pembangunan wanita China, iaitu mencipta persekitaran persaingan yang adil melalui jaminan institusi, dan ini juga merupakan amalan bagi semangat "Deklarasi Beijing".
- Wanita Pertama China, Negara-negara Afrika Hadir Mesyuarat Pendidikan
- Galak Golongan Wanita Berbakti kepada Pembangunan Modenisasi Ala China: Xi
- Peng Liyuan Sampai Ucapan Sempena Forum Wanita China-Afrika
- Muzium Papar Pakaian Tradisional Wanita Pelbagai Etnik Sempena Hari Wanita Sedunia
- Xi Zahir Ucapan Tahniah dan Mogaan Baik kepada Golongan Wanita